
My Writings. My Thoughts.
Berjalan. Pandang.

Manifestasi Cinta di sana
(Ertinya:) Usah kau resah usah kau gelisah Kerna sesungguhnya cinta Allah tetap bersama kamu semua CintaNya adalah cinta yang tertinggi dan yang terindah Sesungguhnya Dia lah cinta yang hakiki untuk semua ..
3-6-2011 - 17-6-2011. tarikh yang ditunggu-tunggu akan tiba.. keyakinan menghadapi PSM disebabkan keyakinan hati untuk mendahulukan yang paling penting dalam hidup.
penerbangan : Royal Jordanian
hari 1 KUL/AMM jumaat 03/06
berada di Aras 3 KLIA jam 6.00 petang
berlepas ke Amman jam 10.10 mlm
hari 2 AMM/JED sabtu 04/06
tiba di Amman jam 5.15 pagi
berehat di hotel (STPC)
pagi | bergerak di sekitar amman jordan
4.00 ptg bertolak ke airport
berlepas ke Jeddah jam 6.30 petang
tiba di jeddah jam 8.40 malam, bertolak ke madinah
3.00 pagi, daftar hotel di madinah
hari 3 MADINAH ahad 05/06
Ziarah Dalam- Ziarah makan Rasullullah s.a.w
hari 4 MAD- Ziarah Luar isnin 06/06
Ziarah Masjid Quba, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid tujuh
membeli belah di pasar tamar
hari 5 MAD/MAK selasa 07/06
Berihram untuk bermiqat di Bir Ali
2.00 ptg bertolak ke makkah
daftar masuk hotel
mengerjakan umrah
hari 6 MAKKAH rabu 05/06
Jadual sendiri
hari 7 MAK- Ziarah khamis 07/06
6.30 pagi : ziarah Jabal Thur, Arafah, Mina- Jabal Rahmah, Masjid nammeirah. bermiqat di jaaranah
hari 8-13 MAKKAH Jumaat- Rabu 10/06-15/06
Jadual sendiri
hari 14 MAKKAH khamis 16/06
Tawaf Wida'
2.00 ptg bertolak ke Jeddah
9.40 mlm berlepas ke Amman
hari 15 AMM/KLIA jumaat 17/06
berlepas ke KL jam 2.10 pagi
7.25 malam tiba di KLIA.
Alhamdulillah, jadual perjalanan umrah sudah keluar.. tinggal tunggu masa..
barang-barang x sediakan lagi.. disebabkan duit poket sangkut di pertengahan jalan... moga dipermudahkan urusan saya.. InsyaALLAH..
Mencari Ketenangan DI SAWAH Padi & Pantai & Kebun GETAH & dot dot







Minggu yang sibuk dengan sesi photograpy.. almaklumlah tengah cuti sekolah, ramai
orang melangsungkan perkahwinan di muar.. begitu minggu seterusnya penuh dengan
acara-acara yang bermamfaat serta memenatkan aku...
Sabtu penuh dengan acara santai, berlari kesana-berlari kesini. beli barang kamera..
memang santai lar tercungap2 mengejar masa..
Pengalaman photoshoot di pantai yang bergelap + hujan rintik2 memang best.. hilang penat sedikit sebanyak + puas...
Selesai acara majlis perkahwinan,berlari ke sempadan melaka-muar untuk sesi photograpy yang tidak formal.. terserempak dengan model & member aku tengah photoshoot.. langkah kanan lar aku join sekali.. keluar rumah pagi, balik malam hari..
Esoknya berlari ke Felda Lenga utk majlis perkahwinan belah lelaki.. memang meriah dengan sambutan serta badut2 dari KL yang memeriahkan majlis(rase mau terajang pon ade jugak).. tapi pengalaman dalam Ladang Getah sekali lagi mewarnai mata aku.
THE SADNESS will never end

Minggu ini agak BUsy sebab tempahan Majlis pertunangan dan juga majlis sanding.. time table agak terganggu sedikit apabila customer ubah masa.. Mujur ada backup photographer yang boleh tolong.. minggu ini sepatutnya pergi lawatan Building ke K.L.. disebabkan bus UTHM digunakan untuk aktiviti kecemasan untuk mangangkut pelajar ke kawasan-kawasan Banjir bagi tujuan pembersihan.. huh, tergendala lar pasni jadual weekend aku.. tapi weekend nie mesti nak carik duit skit untuk cover 2-3 minggu duit sara hidup..
Pemilihan MPP uthm telah berakhir, akhirnya keputusan diumunkan.. pro-mahasiswa tewas beberapa kerusi sahaja.. tak dapat lar uthm bersama-sama universiti lain yang didominasi oleh pro-m bergerak bersama.. Sewaktu pemilihanraya, aku memang terkena biasnya apabila mendapat sms provokasi dari seseorang yang x dikenali.. rupa2nya terdapat ramai student yang terima juga.. Hairannya, baru aku tahu beginilah cara mereka di universiti.. inilah kali terakhir aku mengundi kerana tahun hadapan aku sudah grad.. hahaha...
Sekarang Kul 2 pagi, takala member serumah sibuk study, aku hanya sempat menyiapkan tugasan dan juga report PSM.. mungkin esok aku akan mula study, tapi, mungkinkah aku akan bangun awal... tolong ingatkan aku untuk study yek..
Time membelek2 FB nie, dapat jugak akhirnya aku melihat gambar majlis pertunangan si-dia. berasa gembira dihati, malahan terasa seperti pemerhati.. hahaha.. xdapat nak berkata-kata..
Jiwa terasa untuk kembali ke masa silam, seperti di zaman sekolah.
Baru terasa hati tenang..
Macam kArangan sekolah Rendah
Tahniah juga kepada nadia kotap yang akan bertunang pada 9.4.2011 dan juga akma karim pada 26.2.2011.. special diskaun untuk korang kerana ambil aku as official photographer.. itu pon kalau aku xde test or ape-ape aktiviti universiti...
Hari penamaan calon untuk pilihanraya MPP uthm kecoh dengan pembatalan calon yang bertanding.. memang mengejutkan apabila dalam sejarah uthm terjadi... mengikut perspektif logik, terdapat unsur-unsur yang kurang sihat.. manakah tidaknya uthm sedang dikuasai oleh Pro-Mahasiswa.. bercerita mengenai pro-mahasiswa uthm, kemungkinan berulang sejarah apabila pro-mahasiswa mendominasi kerusi MPP di uthm.. itu yang ditakutkan oleh pihak tertentu.. Walaubagaimanapun politik di kampus mesti bersih dan aman.. penyokong penyokong calon mesti bersikap profesional.. dihari pengundian nanti, segalanya akan terjawab... aku hanya sokong kebenaran, lihat dengan mata, nilai dengan akal, tulus dalam hati.. pilih calon yang berpotensi..
Semoga Allah limpahi rahmat dan rezeki kepada umatnya.. dapat lah kita menikmatinya bersama. apa yang kita ketauhi, kita berkongsi.. salam mawaddah. :)
Perjalanan Sepi
Semenjak sekolah renDah, memang terasa hendak menjadi photographer. itu angan2 taik ayam bila mula-mula terbayang.. time tu tahun 1994 dari darjah 1- 6.. memang banyak kenangan kt sekolah renDah. Naik Sekolah MenEngah, terasa pulak Hendak jadi EngiNeer.. Cikgu suruh jadi Pengawas, Pergi pindah Ke Sekolah Teknik ambik Kejuruteraan.. jadilah student Biase. peraliHAn waktu semasa Tingkatan 1-5 memang banyak.. Hidup Berdikari, Belajar Ilmu, Menjadi seorang pasif, meNjadi seorang yg kenal dunia dan akhirat.. Setelah tamat SPM, Berhijrah ke Politeknik, memang minat jadi engineer.. ia satu platform bagi aku.. di sini aku mula mengenai erti persahabatan, adakalanya kita kena pandai memilih, kita kena pandai berjaga-jaga.. Berhijrah ke UTHM, memang sesuatu yang menyeronokan, dapat kesenangan, lupa kepayahan... satu penyesalan dalam hidup.. hidup bertambah mencabar..
Setelah besar, hati berbelah bagi.. Adakala itu, adakala ini... Aku nak itu, aku nak ini.. Hati yang tidak ada pendirian.. akal yang lemah.. pegangan iman yang longgar.. Setiap detik, setiap hari befikir..... mUngKin ada PenhujunG atupun Akan terus Begini.. Cinta memang semua orang mengalaminya, memang kita mempunyai perasaan itu.. Kita yang akan mengalami sendiri.. yang berlalu, biarlah ia pergi... Kalau ada jodoh x kemana.. jadi photographer memang hati dah kebal dengan majlis pertunangan, perkahwinan.. Hati Batu tiada perasaan apabila menghadapi majlis.. itu satu kelebihan yang dasyat kot.. Satu Perjuangan, satu impian untuk setiap manusia mencapai yang terbaik. All the Best for this Reader. kowang berjaya membuat hati bertanye2 dengan cerita aku...
Perjalanan Hidup yang jauh.. seperti ala-ala tinggallah aku berjalan keseorangan.. Makin jauh maKIn Hilang.. Kita yang Hidup ini Akan Mati juga, cuma tarikh dah waktu yang kita tidak TahU. Hanya Yang Maha Esa MengetauhINya.. Mendekati diri Kepada Yang Maha Esa akan Menambahkan Kekuatan iman ku SeperTi Dulu.. Ya Allah, Engkau Peliharakanlah Hati-Hatiku ini Daripada Lalai dan Leka- untuk Terus MenYembahMu, MengingatiMu..
Murabbi Cinta

Mengajak diri saya meneladani seorang Nabi.
Utusan Allah yang tidak pernah mensesiakan kuasa cinta, pada menjinakkan umat kepada agama. Cinta dan Tauhid menjadi satu, bekalan teragung sepanjang zaman.
Sunnahnya menjadikan kita hidup bercara.
Sunnahnya menjadikan masalah dan cabaran hidup sebagai laluan menjadi dewasa.
Sunnahnya mencegah lemah dan putus asa.
penghargaan dan kasih, kepada mahaguru kita yang satu, Rasulullah Muhammad sallallaahu alayhi wa sallam.
Tahniah kepada si-dia yang akan bertunang, aku pula tidak tahu bilakah akan berlangsung. selama 3 tahun yang dulu aku dan si-dia selalu berhubung dan juga mengenal satu sama lain, berjalan mengenal erti hidup sesama sendiri, sekarang dia akan disunting oleh orang lain. Aku Doakan agar dia akan bahagia hingga ke akhir hayat dengan pasangan pilihannya. perjalanan hidup aku dan si-dia pada 3 tahun yang lalu selama 3 tahun akan menjadi pengajaran, ingatan serta pedoman untuk aku lebih berjaya. Diwaktu usia yang muda serta batasan akal untuk menilai seseorang telah melumpuhkan perhubungan itu. Kini kenangan itu harus dilupakan supaya tidak akan menganggu aku pada PSM kali ini.. Biarlah si-dia tidak memberitahu, biarlah aku sendiri yang tahu. supaya tidak ada sebarang konflikasi perasaan apabila dia disunting.
Alhamdulillah aku berasa lega setelah mendapat tahu si-dia telah memulakan langkah ke alam perkahwinan.. hope 1-2 tahun ini dapat lah aku merasa nasi minyak di Kuala Kubu Baru Selangor..
perjalanan hidup Mencari Sinar Capai Kejayaan terasa berat dengan dugaan, cabaran selepas ini. tahun ini merupakan detik perjuangan yang lebih getir untuk berjaya.. Diharap aku dapat sokongan daripada orang baru.. moga aku dijauhkan dengan dugaan yang berat ini.. Salam mawaddah terindah pada semua..
Sempena Cuti Sekolah






Entry pukul 1 pagi
selepas bermain futsal ( padahal xmain, cuma melihat jer ). tergerak hati untuk berblogging.. setelah 2 minggu memasuki alam persekolahan... memang penat belajar nie.. Abah cakap, belajar pandai2.. supaya nanti senang.. tapi, Lewat tido nie. esok ada kelas dengan Datuk,??? hahaha.. mungkin nanti aku TIDO dalam kelas.. memang tiap kali kelas Datuk Ismail, aku mengantuk disebabkan subjek yang agak memeningkan otak.. teruk Btul kau ...
Selama 2 minggu duduk rumah sewa, terasa macam duduk dalam gym.. tiap2 hari 15 kali + berkali-kali naik turun tangga.. rumah bertingkat nie memang best.. aku x yah ler diet.. hahaha..
Menunggu masa cuti semester, ramai yang akan bertunang, sape yang xnak bertunang, sebut jer pasal tunang, berderet2 dalam kepala nie keluar nama.. hahaha.. dah sampai seru untuk bertunang k0t.. Yg aku nie kekadang tiap2 minggu pergi bernikah + bersanding terasa macam aku yang kahwin.. hahaha.. ( sila paham btol2 ayat tadi ).. mungkin sebab kebusyian dan kesibukan dalam kerja, aku lupa pada lumrah alam... hahaha... ( statment panas ) kurangkan kontrolbesi, tingkatkan prestasi.. mungkin ada kaitan dengan gambar di bawah : ?
Esok kelas Datuk, so, terpaksa aku melelapkan mata, nanti krang ade yang tido + berbunyi dalam kelas.. ( mcm kamal ) hahaha...
cuti-cuti malaysia......





Cuti semester 3 minggu.. memang susah nak jangka apa yang akan berlaku.. tapi bermula minggu pertama memang lah banyak perkara yang perlu diselesaikan.
1) Meeting outing “break the wall muar 2010”
2) Mencari bumper halfcut mivec
3) Wedding photo juga
4) Editing gambar
5) Hantar spray kereta
6) Kemas barang-barang dari kolej
7) Settlekan refund tiket air asia ke yogyakarta ( lembab sgt agen air asia nii )
8) Berdating dengan cik kamera
Hanya beberapa perkara yang dapat di listkan. Apabila terasa ringan tangan, aku akan menambahnya lagi.. setelah selesai peperiksaan akhir untuk sesi Julai 2010/2011.. aku boleh agak berapakah pointer yang akan muncul untuk sem nie.. alangkah indah hidup kalau dpt semua cgpa 4.00.. hahaha.. jangan bermimpilah kau nua..
Esok kalau graduate kelas kedua, aku mampu tersenyum lagi.. kerana inilah yang mampu aku lakukan.. kepada yang dapat sambung master untuk sesi Dis 2010/2011 , tahniah diucapkan kepada anda tetapi janganlah begitu sombong kerana anda tidak tahu nasib anda dikemudian hari. Hargailah pertolongan orang lain…
Cuti-cuti semester memang menyoronokan kalau dapat melancong ataupun makan angin.. sesiapa yang boleh suppot pergi makan angin.. mesti best.. sebelum psm datang pada sem depan, kita kenalah enjoy dulu.. hahahaha…..
6 Disember 2010: aku tiada apa-apa lagi...
Mungkin pengisian rohani dan jasmani perlu seimbang untuk menjadikan kita lebih matang. esok, lusa, kita tidak tahu pekara yang mungkin terjadi.. kita hanya berserah pada ALLAH s.w.t yang menentukan qada dan qadar kita.
Sepanjang setahun yang lalu, banyak yang telah berubah, tahun ini merupakan tahun dimana berlaku anjakan paradiqma yang besar dalam diriku.. aku berjaya mengubah, mengikut arus permodenan. aku boleh berdaya maju. boleh mengenal makna kehidupan masa hadapan. bermula dengan pekara yang membuatkan aku gila terhadap sesuatu benda.. DSLR merupakan mainan setiap minggu, mengubah cara kehidupan aku.. mungkin kerana ia, aku telah mula mencari rezeki sendiri, aku telah mula mengenai orang lain.. itu cerita DSLR.. tak berubah kalau cara hidup seseorang dengan kehadiran kereta. JEP166 yang aku pakai membuatkan kos kehidupan aku semakin meningkat. kehadirannya kadangkala menyenangkan, kadangkala membuatkan aku celaru.. biarkan la ia yang bernama kereta.. sangat berjasa kepada tuannya.. tahun 2010 memang membuatkan aku mengenali ramai kawan.. kawan datang, kawan pergi... itu yang paling sesuai diungkapkan.. bermula dengan kehilangan kawan sekelas, yang pergi, ia tetap pergi.. semoga ia berada di golongan orang-orang yang soleh.. bersama-sama kawan baru, ada yang suka, ada yang duka.. tetapi itu semua lumrah hidup berkawan..
My videos. Featured videos.
My photos. Now you know me.
Time
Browse Flickr
My lifestream. Stay updated with me.
my twEETer
About Me
My Blog List
-
Ladda ner film Frog Dreaming9 years ago
-
Creed (2015)10 years ago
-
Telah Terbit: Tinta 2 Asyraf12 years ago
-
Percutian ke bali-Part 312 years ago
-
Penulis Bersama15 years ago
-
UNTUK RENUNGAN BERSAMA15 years ago
-
Pijie... Rindu kamu..16 years ago
-
-
FOLLOW ME ON twitter
Followers
See AGain Ya
Latest Update
Blog Archive
Kata kata Albert Einstein
Categories
- ceritera pengantin (9)
- ceritera sosial (2)
- ku menasihati (13)
- outing luar (5)
- perjalanan hidup (14)
- promo-promosi (2)
- raye 09 (3)
My videos. Featured videos.
Labels
- ceritera pengantin (9)
- ceritera sosial (2)
- ku menasihati (13)
- outing luar (5)
- perjalanan hidup (14)
- promo-promosi (2)
- raye 09 (3)




















