My Writings. My Thoughts.

Showing posts with label ku menasihati. Show all posts
Showing posts with label ku menasihati. Show all posts

Solat Dhuha dan Rezeki ada di mana-mana...

At » Sunday, June 17, 2012 // 0 Comments »
Alhamdulillah.. masih meniti dikala usia mencecah 25 tahun..
Kesibukan dalam dunia pekerjaan saban hari tidak menjangka masa semakin cepat.
Buat masa sekarang, tugasku menjaga projek dan mengaturkan segala perancangan. tugas yang mudah tapi berat kerana pengalaman yang luas diperlukan.. Orang baru seperti aku sepatutnya layak sebagai pembantu ataupun kuli.. mungkin rezeki yang Allah hendak berikan.. setiap hari, banyak yang dapat dipelajari..
Beberapa minggu lagi, termetrai perjanjian untuk membuka company construction yang baru.. agak kekok juga apabila ada permintaan untuk 'join venture'.. mana tidaknya, asyik mengiakan kata orang.. kepala sendiri masih kosong, kosong.. Semoga dipermudahkan rezeki ini..

Setiap kali jari menaip, idea terus hilang.. time jari jauh dari keyboard, time tulah banyak idea... mungkin bukan disini cara untuk meluahkan.


Hujung minggu memang masa yang terbaik untuk berehat, tapi kebanyakan masa minggu , aku dok menangkap gambar pengantin.. Tahniah pada kawan-kawan yang selamat melangsungkan perkahwinan.. Macam2 nak dikongsi, tetapi masa tidak membenarkan.. rezeki tidak kira dimana-mana.. kita patot mencarinya.



SOLAT SUNAT DHUHA
Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih.  Maksimanya 12 rakaat.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ
Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, “Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari   setiap bulan,  sembahyang dhuha 2 rakaat dan  sembahyang witir sebelum tidur” (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ
Drp Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ; “Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga” (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)
 Rasulullah bersabda yang bermaksud,
“Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”
Rasulullah bersabda lagi,
“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”
 Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:”إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda : “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, “Dhuha.” Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah.” Al-Tabrani
Niat Solat Dhuha
أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta’ala 
Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ  وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ
“Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah”

Berjalan. Pandang.

At » Thursday, April 12, 2012 // 0 Comments »

assalamualaikum..
mood tengah-tengah malam untuk menaip blog telah datang, setelah sekian lama tidak update dek kerana kesibukan bekerja..
5 pekara yang penting ingin berkongsi:
1. adakalanya apabila kita mengalami kesusahan, kita tidak terpikir untuk berusaha untuk menyelesaikan.
2. adakalanya apabila kita berhadapan dengan sesuatu masalah, kita jarang berfikir untuk mengatasinya.
3. adakalanya juga, setiap kali kita menghadapinya balik, kita lupa menjadikan ia iktibar
4. adakala, setiap yang kita hadapi itu, Tuhan sengaja menduga kita.
5. Terakhir sekali, penyelesaiannya, kita berbalik pada asalnya.

Tuhan menjadikan manusia sebagai khalifah diatas muka bumi, kita yang mengatur kehidupan sebaik mungkin. adakalanya kita goyang dek dilanggar ombak. kita bangun dan teruslah menempuh gelombang itu.. walaupun kita tahu, adakalanya kita akan gagal sekali lagi. tetapi tidak segagal orang yang berputus asa terlebih dahulu.

Kerana Selembar Bulu Mata

At » Wednesday, May 18, 2011 // 2 Comments »
Selembar Bulu Mata



Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang di adili.
Ia dituduh bersalah, mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat.
Tetapi ia berkeras membantah.
"Tidak. Demi langit dan  bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu." 
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan
dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat.
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi
anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di
situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah
saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu."
"Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat. Tiba-tiba mata angkat bicara,
"Saya yg memandangi." Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan." Hidung pun
tidak ketinggalan, "Saya yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu."
Lidah menambah, "Saya yang menghisap."
Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas." Kaki menyusul,
"Saya yang dipakai lari ketika ketahuan." "Nah kalau kubiarkan,
seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu",
ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi.

Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke
dalam jahanam. Padahal,rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.
  
Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar 
suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya:
"Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata
malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah
malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia
sedang menangis menyesali perbuatan buruknya.   
Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba 
kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya
saja yg terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari
ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai
saksi bahwa ia telah melakukan tobat sampai membasahi saya dengan air
mata penyesalan." 
  
Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang  tersebut di bebaskan dari 
neraka dan dihantarkan ke surga. Sampai terdengar suara bergaung kepada 
para penghuni surga: 
  "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk surga karena pertolongan selembar bulu 
   mata." 
Firman Allah swt, 
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam 
kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang 
ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati 
dengan kesabaran."  Surah Al-Ashr 
Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W
bersabda: " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." 

Wanita Solehah

At » Tuesday, May 17, 2011 // 0 Comments »
Beberapa perkara mengenai wanita solehah :


  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki solehah
  • Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
  • 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil (kalau dia bersolat)
  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susunya.
  • Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  • Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  • Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  • Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga,dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  • Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  • Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.
  • Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  • Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.
  • Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  • Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
  • Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
  • Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
  • Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah diakhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

5 syarat nak buat maksiat.

At » Monday, March 28, 2011 // 0 Comments »


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan k
amu melanggar segala larangan-Nya?"



"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

lihatlah klik kat link ini

My videos. Featured videos.

Networkedblogs

MY style 2010

MY style 2010

My photos. Now you know me.

Time

Browse Flickr

My lifestream. Stay updated with me.

my twEETer

My favblog. Feeds from them.

    I am the

    Photobucket
    UTHM Official Website