My Writings. My Thoughts.

Sedikit deskripsi mengenai bidadari

On » Wednesday, March 10, 2010 //
Allah jadikan Muka Bidadari 4 warna:
1-Putih 2-Hijau 3-Kuning 4-Merah
Semuanya boleh berubah mengikut citarasa Penghuni Syurga.
Allah jadikan Badan Bidadari daripada KASTURI DAN AMBAR
Rambut daripada SUTERA.
Dari Bahagian Lutut sehingga ke Susu daripada KASTURI
dari bahagian Susu sehingga ke Leher daripada AMBAR
daripada leher hingga ke kepala daripada KAPUR.

Itulah asal kejadian Bidadari yang lebih cantik kejadianya manusia yang bentuk daripada Tanah. Pasti perubahan kejadian sekarang lebih cantik daripada manusia yang kita lihat begitu cantik sedangkan asalnya daripada tanah yang tidak bernilai.

Jika Bidadari meludah ke dunia air ludahnya menjadi Kasturi.Jika diludah kelaut air laut akan mejadi tawar. Allah telah menulis pada dada Bidadari nama-nama bakal yang memilikinya bersama nama Allah sebagaimana NAMA ORANG YANG TELAH MELAKUKAN MAKSIAT WALAUPUN SEDIKIT TELAH TERTULIS DI PINTU NERAKA. sebab itulah Rasulullah yang Ma’sum tidak ingin melakukan maksiat agar nama tidak tertulis di salah satu pintu NERAKA.

Sebelah tangan Bidadari berhias 10 gelang Emas Syurga. setiap jari -jemari disarung cincin permata.Bidadari memakai gelang permata lu’lu’ pada kakinya.Bidadari dalam Syurga dipanggil Al-Aina ‘ العيناء .
Rasulullah meminta umatnya beribadat sepertinya kerana Rasulullah juga menyintai Bidadari.

Salah satu sifat bidadari adalah 'linun, ertinya lebar matanya dan sangat indah mempersona. Bidadari memiliki bentuk tubuh yang anggun, bau badan yang harum semerbak, bibir semanis gula, pipi bagaikan buah delima merah, mata yang menggoda dan menawan, dan seraut wajah yang bercahaya. Mata mereka hitam pekat seperti mata bayi yang baru dilahirkan bahkan lebih jernih dan bercahaya...

Sememangnya kenikmatan malam pertama bersama bidadari adalah kenikmatan beratus kali ganda berbanding dengan kenikmatan malam pertama semasa di dunia. Para bidadari sangat cantik, manja, rindu, dan amat mencintai suaminya sehingga tidak sanggup berpisah walau sekejap.


Salah satu keistimewaan para bidadari ini adalah keperawanan bidadari akan terus berkekalan walaupun beribu kali disetubuhi. Setiap kali disetubuhi, ia akan kembali menjadi perawan, lantaran selaput daranya tidak robek, tidak mengeluarkan darah, tidak mengeluarkan mani.

Mani lelaki yang terpancar hanyalah berupa gas, dengan kenikmatan yang beratus kali ganda berbanding dengan kenikmatan bersetubuh di dunia. Lagi pula dapat mencapai seratus gadis dalam sehari. Sungguh besar nikmat yang Allah SWT peruntukkan ke atas lelaki soleh dan taat kepada Allah SWT.

Para bidadari memakai pakaian merah, biru, hijau. Memakai pakaian biru, bagaikan bulan yang bersinar, dengan rambut
hitam pekat, sepasang pipi yang lembut, mulut tersenyum, dada membusung, pinggang yang ramping, tangan serta kaki yang indah bercahaya.


Ibnu Masud Meriwayatkan:
Setelah Allah jadikan Syurga, Allah arahkan Malaikat Jibril melihat kejadian Syurga, lalu Malaikat Jibril mengelilingi Syurga, Apabila Bidadari tersenyum pada Malaikat Jibril, Syuga Adnin menjadi terang-benderang lalu Malaikat Jibril sujud pada Bidadari yang disangkakan Nur Allah, lalu Bidadari berkata : Wahai Aminullah angkatlah kepalamu.Maha Suci Allah yang telah menjadikan aku. Aku dicipta adalah untuk mereka yang sentiasa memilih keredhaan Allah apabila diberi pilihan dalam sesuatu perkara.Aku bukanlah untuk mereka yang sentiasa memilih NAFSU semasa diuji.
Rasulullah melihat Para Malaikat sedang membina Istana daripada Emas dan Perak didalam Syurga tiba-tiba Para Malaikat berhenti membina Istana tersebut kerana hamba Allah yang sedang berzikir telah berhenti berzikir.
Allah akan mengahwinkan orang yang benar-benar berpuasa, yang berpuasa zahir dan batin di dalam Khemah Permata Putih di dalam Syurga ” حور مقصورات فى الخيام “

Disediakan juga untuk Bidadari dan Isteri Solehah:
# 70 Helai pakaian
# 70 Katil dari permata Yaqut Merah berserta 70 permaidani dan 70 orang khadam wanita. .
# Setiap wanita akan dibantu seribu Khadam yang memegang Talam Emas yang sedia berkhidmat untuk orang-orang yang soleh.

Keistimewaan untuk Orang-orang yang Soleh yang berpuasa:

1-Khadam yang sedia mengurut setiap kesakitan yang telah dirasai di dunia semasa menunaikan puasa.

2-Seribu Dulang Emas untuk menyediakan makanan
yang diidamkan oleh orang-orang soleh yang telah melaksanakan ibadat puasa dengan sempurna.


Begitulah Allah SWT menghargai Orang telah berpuasa dengan segala anggotanya dan tidak berhari-raya dengan kelakuan binatang yang melompat-lompat di khalayak ramai sambil menyebut nama-nama kuih yang mereka idamkan… meraka merasakan pemergian Ramadhan suatu kebebasan dan boleh bermaksiat kembali… sedangkan orang-orang soleh akan merasa kesedihan kerana kehilangan bulan kerahmatan,bulan keberkatan dan bulan pengampunan lalu mereka layani perasaan mereka dengan t akbir dan Tahmid memuji Ilahi.

2 Response to "Sedikit deskripsi mengenai bidadari"

n a r d indie winkie Says:

untung jadi lelaki ni. dapat bidadari cantik. kalo la aku dijadikah sebagai bidadari...

nuo vic Says:

hahaha.. tp, jadi lelaki kena pikul bermacam2 tugas berat yg perempuan x boleh buat..

My videos. Featured videos.

Networkedblogs

MY style 2010

MY style 2010

My photos. Now you know me.

There was an error in this gadget

Time

Browse Flickr

My lifestream. Stay updated with me.

my twEETer

CLICK FOR MORE INFO

MOOD

My favblog. Feeds from them.

    I am the

    Photobucket