My Writings. My Thoughts.

Hijrah sebelum terlambat

On » Sunday, November 27, 2011 //


Di keheningan fajar ini, aku rasakan seluruh tubuh dan jiwaku berada dalam situasi yang damai dan menenangkan. Selama ini tidak pernah sekelumit pun ku rasakan perasaan seindah ini.

Terima kasih Allah, kerana Engkau masih memberi ruang kepada hamba-Mu yang sangat hina ini untuk menikmati perasaan ini. Saat inilah baru aku tersedar bahawa diriku ini sangat mencintai dan merindui-Mu.

Saat ini baru ku rasakan betapa nikmat dan manisnya cinta dan rindu kepada-Mu. Baru kini ku merasakan hebatnya kuasa cinta ini, Ya Allah.

Syukur pada-Mu ya Allah kerana Engkau telah memilih diri ini untuk menerima hidayah dan cinta-Mu. Sesungguhnya aku benar-benar menyedari betapa hinanya aku pada pandangan-Mu.

Alangkah indahnya hidup kita semua, andaikata segala kebaikan, kesenangan kita perolehi dengan mudah.. tapi Allah Maha mengetauhi akan ianya memerlukan masa untuk kita kecapi. Dengan ucapan ALHAMDULILLAH, segala rezeki yang dilimpahkan olehNya dikongsi sama rata dengan setiap umat.

Berhijrah kita sebelum kita menyesal, apa yang berlaku pada masa lalu, kita jadikan sebagai pengajaran.. pengajaran yang membolehkan kita membaiki apa kelemahan yang ada. apa yang kita pelajari, kita jadikan panduan untuk kita bina sebuah kejayaan..

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak menulis di dalam blog, gara-gara sibuk dan tidak diizinkan Allah, pada malam 1 muharam ini, dapat lah juga diluahkan beberapa perkara yang berlaku, akan berlaku yang telah dirancang oleh NYA..

Tahniah pada sidia yang melangsungkan perkahwinan. moga dgn semangat 1 muharam ini anda dapat membina kejayaan dalam hubungan kekeluargaan.. Semoga berbahagia dan juga dimurahkan rezeki. halalkan makan dan minum.

Tinggal beberapa hari untuk berlepas ke cambodia. program mobiliti n komuniti bersama masyarakat cambodia.. inilah yang dapat aku laksanakan untuk masyarakat islam disana. semoga apa yang aku bawa ini sedikit sebanyak akan menolong serta dapat dimanfaatkan oleh masyarakat islam di sana. kepada pihak yang memberikan sumbangan dan derma di dalam program ini. semoga ALLAH akan membalasnya di hari akhirat.. ku harapkan perjalanan akan menjadi lebih lancar bersama 14 pelajar dan juga 5 pegawai universiti.

Marilah kita sama-sama melakukan hijrah diri. Hijrah yang dapat mengubah hati dan jiwa kita. Hijrah yang dapat meruntuhkan keegoan dan sikap takbur manusia. Hijrah yang dapat meruntuhkan hati dan jiwa yang keras. Hijrah yang memberi kesedaran kepada kita bahawa segala yang kita lakukan di dunia ini adalah semata-mata untuk mendapatkan cinta dan redha Allah.

Lakukanlah hijrah diri ini ketika kita masih mampu melakukan amal ibadat. Lakukan hijrah tatkala Allah memberi kelapangan masa dan kesihatan kepada kita. Lakukan hijrah diri ini ketika diri masih diberi peluang. Lakukan hijrah diri ketika diri masih muda. Lakukan hijrah diri ini tatkala nyawa kita masih belum sampai di halkum. Kelak, jika hijrah diri ini tidak disambut, kitalah manusia yang paling rugi dan paling malang di dunia dan di akhirat.



No Response to "Hijrah sebelum terlambat"

My videos. Featured videos.

Networkedblogs

MY style 2010

MY style 2010

My photos. Now you know me.

Time

Browse Flickr

My lifestream. Stay updated with me.

my twEETer

My favblog. Feeds from them.

    I am the

    Photobucket
    UTHM Official Website