My Writings. My Thoughts.

part-2-menjejak-sirah-2011

On » Wednesday, July 13, 2011 //

Bercerita mengenai pengalaman di madinah.. hari pertama sesampai di kota madinah pada pukul 3.00 lebih.. waktu azan subuh berkumandang di masjid nabawi.. terlepas solat subuh di masjid nabawi, masjid rasullullah. Di situlah makam rasullullah berada.. di waktu siang sekitar pukul 10.00 pagi, mutawif membawa rombongan berziarah ke makam rasullullah untuk melihat dan member salam mawaddah terindah kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w. pertama kali berkunjung ke makam baginda terasa seperti berada di dunia lain. Seluruh manusia datang untuk berjumpa rasullullah serta memberi salam kepadanya meskipun rasul bagi seluruh umat islam telah lama tiada. Tetapi ada yg mengadaikan bahawa roh nabi Muhammad akan turun memjawab salam keatasnya. Terasa sebak di hati berjaya menjejak kaki bertemu Muhammad s.a.w.

seminggu lebih berada di madinah, berjalan2 mengenai tempat baginda dimakamkan.. raudhah merupakan satu tempat yg dinamakan taman2 syurga.. kawasan diantara mimbar nabi Muhammad dan juga makan baginda. Perkuburan baqi,iaitu berdekatan dengan masjid nabawi, menyimpan pelbagai cerita..







diwaktu subuh menuju ke masjid sekitar 3.45 pagi dari hotel, suasana riuh dengan pejaja jalanan menjual barang-barang mereka sehinggakan sesak pintu pagar masuk ke dalam masjid. Rata-rata mereka dari keturunan kulit hitam. Jalan menuju ke pintu utama masjid nabawi didahului dengan bumbung berbentuk panyung yang indah.. deretan bumbung ini sangai unik dan aerodinamik.. suasana pintu masuk ke masjid nabawi di bagaikan semut masuk ke sarang sehinggakan sesak. Selipar2 berteburan di pintu utama.. ada yang membawa masuk selipar ke dalam masjid, dan memasukkan kedalam beg plastik. Menuju ke kawasan solat.

Begitulah setiap kali waktu solat. Masjid nabawi dipenuhi dengan umat islam dari seluruh dunia.

Suatu ketika di petang mengisi kelapangan, aku berjalan2 menuju sekitar jalan2 utama di masjid nabawi, melihat jualan para penjaja, membeli barangan yang menarik memang agak teruja, tetapi harus waspada kebanyyakkan barangan mereka daripada china, india.. perlulah teliti dalam memilih barangan tersebut..

Kekadang apabila tergerak hati untuk menuju ke makam rasullullah untuk memberi salam sesudah solat, terasa hendak menuju ke raudhah. Memohon doa.. suasana sesak dan kalam-kabut di sekitar raudhah.. memang kawasan tersebut menjadi tumpuan utama untuk umat islam bermunajad memohon doa..





Beberapa hari di madinah, selepas subuh berjalan2 disekitar masjid nabawi bersama DSLR, bertemu kenalan dari kanada . bercerita dengan panjang lebar tentang asal usul, tujuan dan juga pengalaman. Memang tidak disangka, kenalan ini pernah belajar di Malaysia 13 tahun dahulu di kuala lumpur. Berasal dari Pakistan, dan berpindah ke kanada bersama-sama keluarga. Berjalan-jalan bersama dia mengelilingi masjid nabawi memang suatu pengalaman yang menyeronokan. Dapat melihat pelbagai manusia disekitarnya. Kenalan membawa ke tempat yang cantik. Memang dslr aku dapat menangkap kenangan yang indah.. subbahanallah..

Pada waktu tgh malam sekitar 11.30-12.00 mlm waktu madinah, bersama-sama ayah serta seorang lagi jemaah masuk ke masjid nabawi untuk bertemu Rasullullah serta menunaikan solat sunat, solat hajat di raudhah, membaca Al-Quran. suasana tengah malam memang sunyi tetapi sekali sekala terdengar bunyi jentera pembersihan 'Bin Laden' sedang membersihkan lantai2 masjid Nabawi.. aku bersama-sama ayah menuju pintu hadapan masjid, terpaksalah kami bertawaf mengelilingi masjid terlebih dahulu sebelum dapat memasuki pintu masjid dari arah depan kerana pintu masjid kebanyyakan ditutup untuk kerja-kerja pembersihan. setelah selesai menunaikan ibadah, kami bergegas kembali ke Hotel untuk tidur. tinggal 2-3 jam sahaja masa untuk tidur kerana azan subuh sekitar 3.00 pagi..

Bercerita mengenai ziarah ke kawasan-kawasan sekitar madinah.










Dari madinah bertolak ke mekah pada pukul 2;30 ptg, selepas solat zohor di masjid nabawi.. terasa berat hati seperti manusia lain meninggalkan tempat yang indah.. masa berlalu selama 6-7 jam ke mekah.. di pertengahan jalan, dinampakan tentang keajaiban binatang ini di padang pasir.. siapa sangka dalam tertanya-tanya apakah bnatang yg ada di padang pasir sebegitu panas dan kering.. memang x dijangka, sekumpulan monyet, beruk berada di tepi jalan.pemandu bus memberhentikan bus dan kami berpelung melihat keajaiban makhluk ini.

No Response to "part-2-menjejak-sirah-2011"

My videos. Featured videos.

Networkedblogs

MY style 2010

MY style 2010

My photos. Now you know me.

Time

Browse Flickr

My lifestream. Stay updated with me.

my twEETer

My favblog. Feeds from them.

    I am the

    Photobucket
    UTHM Official Website