My Writings. My Thoughts.

MAJLIS PENYERAHAN TAKLIF

On » Saturday, July 17, 2010 //











Penyerahan taklif
ia adalah sesuatu yang penting dan perlu dilakukan seorang wali/bapa kepada anaknya yang baru memasuki alam baligh, ini bagi menunaikan rasa tanggungjawab ke atas apa yang dilakukan oleh dirinya sebagai seorang muslim ke atas baik buruk sesuatu perbuatan sama ada pahala dan dosa yang mereka lakukan.

Tanggungjawab sebagai mukalaf :-

Hendaklah mematuhi dan menunaikan segala perintah Allah dan mematuhi segala peraturan yang dilarang.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Anfal ayat 20 -21:

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan rasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadaNya sedangkan kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan mentaatinya) dan janganglah kamu menjadi seperti orang-orang kafir dan munaflk yang berkata kami dengar pada hal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya). Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk pada sisi hukum dan ketetapan Allah ialah orang-orang yang pepekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesualu pun dengan akal fikirannya.

Perjanjian Taklif.

Penyerahan Taklif ini dilakukan oleh ibubapa atau penjaga kepada anak yang telah baligh dengan disaksikan oleh ahli keluarga, saudara-mara dan tetamu yang hadir di dalam majlis tersebut. Ada pun lafaz penyerahan Taklif (Tanggungjawab) adalah seperti berikut:

“Kamu …………………………………………… pada saat ini telah mencapai umur akil baligh dan ke atasmu tertanggunglah segala kewajipan syara’, iaitu menyempurnakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

Bagi kamu ganjaran pahala di atas amal kebajikan dan ke atasmu dosa di atas segala amal mungkar dan keji.

Mulai saat ini, kamu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas diri kamu dan mudah-mudahan Allah memberi kekuatan kepada kamu Amin.”

Setelah itu pihak anak akan menerima penyerahan tersebut dengan lafaz seperti berikut :

“Dengan ini saya ……………………………………. Bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada ayahanda dan bonda di atas khidmad bakti dan pengorbanan yang selama in diberikan kepada saya. Oleh itu, mulai saat ini, saya menerima penyerahan taklif dan saya berjanji untuk menyempurnakan tanggungjawab tersebut dengan sebaik-baiknya, Insyaallah seterusnya saya mengharapkan doa restu daripada ayahanda dan bonda”.

Setelah selesai anak menerima penyerahan, doa akan dibacakan oleh ibubapa atau orang yang diamanahkan mengetuai majlis tersebut dengan bacaan doa berikut :

“Ya Allah wahai tuhan kami, kami memuji ke hadratMu dengan pujian yang tidak terkira dan bersyukur dengan syukur yang tidak terhingga atas limpah kurniaMu dengan zuriat dan keturunan yang mana pada hari ini sampai masa dan ketikanya tanggungjawab dan taklif telah diletakkan ke atas diri ………………………………….

Ya Allah wahai tuhan kami, sesungguhnya dikau tidak memberati seseorang itu melainkan apa yang terdaya olehnya. Oleh itu berikanlah pahala kebaikan yang diusaha olehnya dan ampunilah mereka jika maksiat, kemungkaran dan kealpaan yang dilakukannya.

Ya Allah wahai tuhan kami, janganlah engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami melakukan kesilapan. Ya Allah janganlah engkau bebankan kepada kami hebanan yang berat sebagaimana engkau telah bebankan kepada orang yang terdahulu daripada kami. Janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya serta ampunilah dosa kami dan berikanlah kami rahmat, sesungguhnya engkaulah sebaik-baik pemberi rahmat”.

“Ya Allah wahai tuhan kami, kurniakanlah kepada kami pasangan dan zuriat keturunan yang menyejukkan mata dan jadikan kami pemimpin bagi orang-orang bertakwa”.

“Ya Allah wahai tuhan kami, jadikanlah apa kiranya majlis penyerahan taklif …………………………………sebagai majlis yang dirahmati serta keredhaan dan keberkatan yang berterusan dan perhimpunan yang sentiasa mendatangkan kebaikan serta kebajikan dan perpisahan kami selepas ini pula sebagai perpisahan yang terpelihara yang mendapat maghfirah serta keampunanMu.

Ya Allah, kepadaMu jua doa kami mohon diperkenan dan diterima”.

No Response to "MAJLIS PENYERAHAN TAKLIF"

My videos. Featured videos.

Networkedblogs

MY style 2010

MY style 2010

My photos. Now you know me.

There was an error in this gadget

Time

Browse Flickr

My lifestream. Stay updated with me.

my twEETer

CLICK FOR MORE INFO

MOOD

My favblog. Feeds from them.

    I am the

    Photobucket