My Writings. My Thoughts.

Solat Dhuha dan Rezeki ada di mana-mana...

On » Sunday, June 17, 2012 //
Alhamdulillah.. masih meniti dikala usia mencecah 25 tahun..
Kesibukan dalam dunia pekerjaan saban hari tidak menjangka masa semakin cepat.
Buat masa sekarang, tugasku menjaga projek dan mengaturkan segala perancangan. tugas yang mudah tapi berat kerana pengalaman yang luas diperlukan.. Orang baru seperti aku sepatutnya layak sebagai pembantu ataupun kuli.. mungkin rezeki yang Allah hendak berikan.. setiap hari, banyak yang dapat dipelajari..
Beberapa minggu lagi, termetrai perjanjian untuk membuka company construction yang baru.. agak kekok juga apabila ada permintaan untuk 'join venture'.. mana tidaknya, asyik mengiakan kata orang.. kepala sendiri masih kosong, kosong.. Semoga dipermudahkan rezeki ini..

Setiap kali jari menaip, idea terus hilang.. time jari jauh dari keyboard, time tulah banyak idea... mungkin bukan disini cara untuk meluahkan.


Hujung minggu memang masa yang terbaik untuk berehat, tapi kebanyakan masa minggu , aku dok menangkap gambar pengantin.. Tahniah pada kawan-kawan yang selamat melangsungkan perkahwinan.. Macam2 nak dikongsi, tetapi masa tidak membenarkan.. rezeki tidak kira dimana-mana.. kita patot mencarinya.



SOLAT SUNAT DHUHA
Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih.  Maksimanya 12 rakaat.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ
Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, “Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari   setiap bulan,  sembahyang dhuha 2 rakaat dan  sembahyang witir sebelum tidur” (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ
Drp Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ; “Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga” (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)
 Rasulullah bersabda yang bermaksud,
“Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”
Rasulullah bersabda lagi,
“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”
 Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:”إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda : “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, “Dhuha.” Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah.” Al-Tabrani
Niat Solat Dhuha
أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta’ala 
Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ  وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ
“Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah”

No Response to "Solat Dhuha dan Rezeki ada di mana-mana..."

My videos. Featured videos.

Networkedblogs

MY style 2010

MY style 2010

My photos. Now you know me.

Time

Browse Flickr

My lifestream. Stay updated with me.

my twEETer

My favblog. Feeds from them.

    I am the

    Photobucket
    UTHM Official Website