Disini dulunya tempat aku menimba ilmu.. segala kenangan telah pun hilang setelah bangunan lama ini dirobohkan dan tapak baru dialihkan ke tempat lain.
Mengimbas perjalanan hidup sebagai pelajar sekolah agama pt bakar tengah, dari darjah 1 sehingga darjah khas. memang apa yang berlaku tidak dapat dijual beli. mungkin suatu hari nanti, kita terasa kehilangannya apabila kita mahukannya...
disini tempat Ilmu agama dipelajari.. daripada pukul 2.30 petang sehingga 6.30 petang.. belajar tauhid, akhlak, sirah, muamalat, dan macam2..
Aku dilantik menjadi ketua pengawas sesi petang, kenapa aku ? ceritanya apabila aku mengangkat tangan untuk mencadangkan dan mengenakan kawan aku.. last2, aku yang kena balik..
DIsini aku duduk seorang diri pada hari jumaat, orang lain pergi skolat jumaat, aku duduk menunggu sesi pembelajaran start. sunyi.. di pintu hujung itu, aku menukar pakaian sekolah kebangsaan ke sekolah agama. Ditapak parking basikal dulunya tempat makan tengahari, tanpa menghiraukan orang lain..
Dihadapan bangunan ini, aku mengetuai bacaan doa sebelum masuk ke kelas.. ditengah-tengah panas, Guru besar menjeling dari tingkat atas memerhatikan pergerakan acara doa.. Sesekali sekala meronda-ronda ke dalam bangunan mencari pelajar yang menyorok untuk tidak beratur di perhimpunan.. di sini jugalah, sesi spot check kuku, rambut dilakukan.. terkenang situasi kawan-kawan rapat yang mengelak untuk dikenakan tindakan..
Cikgu yang garang + sporting + cantik.. macam-macam yang dapat dipelajari.. apabila kantoi tidak dapat hafal sesuatu bacaan, mulalah kena denda.. paling memeritkan, cubitan maut di dada.. gaya berdiri org padi.. paling tidak pon, kena rotan.. semua itu tugas cikgu untuk memberi ilmu kepada anak muridnya.
sekarang, semua bekas2 pelajar telah pon meninggalkan sekolah, yang ada hanyalah ilmu didada untuk dipraktikan.
apapun, ia hanyalah kenangan yang terindah.. bermacam-macam lagi yang best tidak dapat dikongsi................ :)
No Response to "Kenangan Silam"
Post a Comment