My Writings. My Thoughts.

Pesanan. Pandangan. 2011

At » Saturday, December 17, 2011 // 0 Comments »

Salam..
Tinggal beberapa minggu lagi untuk ke tahun 2012, tahun 2011 membawa banyak kenangan manis serta beberapa perkara yang tidak dapat dilupakan.

1. 3/6/2011 - 17/6/2011
menunaikan umrah
Detik yang tidak disangka ketika menyahut panggilan Illahi. perjalanan KL-Jordan-Madinah-Mekah yang panjang serta memberikan aku beberapa perkara yang dapat dipelajari.

2. 30/11/2011 - 7/11.2011
Program mobiliti yang membawa misi membantu rakyat cambodia khususnya di Kampung Chrew Metry Leu dalam bentuk kewangan dan juga Aktiviti di bawah UTHM.

2 perkara yang membawa aku menjelajahi ke tempat orang. melihat serta memberikan aku kesedaran yang amat berguna. Beberapa info yang dapat dikongsi:

* Hidup ini semakin hari semakin banyak pula dugaan. Dugaan semalam belum lagi tamat, datang pula dugaan dan cubaan pada hari ini. Namun, sebenarnya tanpa kita sedari dugaan tersebut sebenarnya telah mengajar kita. Mengajar kita erti menerima.

Setiap anak Adam di atas muka bumi ini telah ditentukan Allah ajalnya, rezekinya, jodohnya dan menjadi orang yang sengsara ataupun sebaliknya sejak azali lagi. Sebagai contoh:

Hari ini Aminah makan nasi goreng dan air laici, malamnya pula Aminah makan mee goreng dan air masak. Jadi, di sinilah ketentuan Allah bahawa rezeki Aminah dari segi makanan, minuman dan sebgainya telah ditetapkan baginya.

Begitu juga rezeki dari segi Belajar. Sebagai contoh: Aminah merupakan pelajar SK. Fakeh Abdul Samad, setelah itu dia melanjutkan pelajaran ke SMK. Seri Mahkota. Kemudian tamat sahaja SPM, dia melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan kemudian menyambung pelajaran ke Universiti Malaysia Terengganu. Ini semua merupakan ketetapan Allah kepada setiap hamba-Nya. Suatu ketentuan yang telah ditetapkan sejak azali lagi.

Ketika Aminah di sekolah, matriks dan universiti banyak pula cabaran dan dugaan yang diberikan Allah sesuai dengan kesanggupannya. Segala dugaan dan cabaran yang ditempuhi haruslah diiringi dengan kesabaran dan kecekalan. Bagaimana untuk menerbitkan rasa sabar?

Rasa sabar insya-Allah dapat dilahirkan apabila seseorang itu belajar untuk menerima. Belajar untuk menerima segala ketentuan Allah. Apabila seseorang itu menerima segala dugaan Allah dengan sabar. Maka ganjaran yang besar akan diperolehi di dunia bahkan ganjaran yang sangat besar di Akhirat.

Usahlah khuatir, kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Segala kesusahan yang kita hadapi moga dapat memberi suatu hasil yang lumayan di dunia dan di Akhirat kelak.

"Bersama kesusahan ada kesenangan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan." [al-Insyirah, ayat 5 dan 6]

Usaha, Doa, Tawakal dan Redha

Bagaikan suatu formula pula. Usaha + Doa + Tawakal + Redha = TENANG. Sudah pasti ketenangan dapat dihasilkan apabila menggunakan bahan-bahan seperti Usaha, tanpa usaha kita tidak mungkin berjaya (dengan izin-Nya), kerana Allah tidak menyukai hamba-Nya yang selalu berdoa tetapi langsung tidak berusaha, sebagai contoh:

Ali sangat lapar ketika itu, dia terus berdoa kepada Allah agar memberinya makanan. Namun begitu, dia langsung tidak berusaha untuk mendapatkan makanan.

Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu melainkan dia berusaha untuk mengubahnya sendiri. Ya, USAHA!

Doa merupakan senjata orang Mukmin, berdoalah dan jangan sombong! Allah tidak menyukai hamba-Nya yang sombong iaitu yang selepas selesai solat, langsung tidak berdoa meminta kepada Allah.

Setelah kita masukkan bahan usaha + doa, kita campurkan pula ramuan Tawakal. Tawakal bererti berserah kepada Allah.

Bahan yang terakhir adalah Redha, sebagai contoh apabila seseorang itu memperoleh keputusan peperiksaan yang tidak cemerlang, seharusnya dia redha, walaupun dia sudah berusaha dan berdoa sehabis mungkin. Bersangka baiklah pada Allah S.W.T kerana Dia lebih mengenali diri kita berbanding, kita mengenali diri sendiri. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya.

Maka,apabila kita redha. Bahan-bahan tersebut telah membuatkan kita mencapai tahap REDHA.
Insya-Allah

Wallahualam
thanx. i luv islam..

Cambodia in heart

At » Wednesday, December 14, 2011 // 1 Comments »

Salam..
Selesai sudah mobiliti pelajar ke cambodia. Diantara perkara yang menarik untuk dikongsi kepada blogger dan pembaca.

Hari 1
1. Genocide museum & Killing field
Umat Islam di Kemboja hari ini nampaknya mula bangkit selepas dicengkam oleh kekejaman rejim Pol Pot. Selama empat tahun Kemboja (1975-79) di bawah pemerintahan komunis Khmer Rouge pimpinan Pol Pot, sekitar setengah juta rakyat Kemboja dibunuh samada yang beragama Islam atau bukan, dewasa mahupun bayi atau wanita. Itulah kekejaman komunis yang sepatutnya menjadi iktibar kepada kita rakyat Malaysia untuk sama-sama bersyukur kerana kita masih lagi bebas mengamalkan ajaran Islam secara aman dan damai. Pemerintahan komunis Khmer Rouge membunuh sesiapa sahaja yang beragama. Malah dikatakan wujud perkampungan di Kemboja yang bukan sahaja tiada manusia yang hidup selepas kemasukan askar Khmer Rouge, bahkan haiwan juga tiada lagi yang bernyawa kerana semuanya dibunuh dengan kejam oleh komunis Khmer Rouge.

Dihadapan mercu tanda ' killing field'

Dihadapan bangunan genocide museum


Antara tengkorak yang disimpan di dalam museum genocide

Sebuah penjara lama di tengah-tengah bandar yang telah menjadi tempat penyeksaan masyarakat cambodia. tidak kira islam, buddha ataupun kristian. disini, terdapat penjara-penjara yang menempatkan tahanan. di dalam ini juga lah tahanan ini disiksa dengan kejam sekejamnya, sampaikan ke hari ini rejim pol pot dikenali seluruh dunia dengan kekejaman.. antara bentuk kekejaman termasuk , melambung bayi ke udara dan di tembak, disiksa dengan kala jengking, di tembak hidup-hidup dan bermacam-macam lagi. memang di sini dapat dilihat wajah2 mayat yang menjadi mangsa. terdapat juga ratusan tengkorak disusun disatu bahagian.

Alat penyeksaan yang digunakan Pol Pot


Pandangan hadapan museum genocide


Wajah-wajah mangsa kekejaman Pol Pot

Terdapat sepohon pokok di killing field yang mana menjadi tempat pembunuhan ratusan bayi. Pohon menangis bukanlah suatu yang asing dalam tradisi Islam kerana dalam Sirah Nabawiyyah pernah menyebut bagaimana sepohon batang kurma yang pernah dijadikan tempat Rasulullah SAW berkhutbah menangis. Ianya disebutkan dalam Hadith Bukhari dan Tirmidhi di mana salah satu riwayat dari Abdullah ibn Umar r.a. menyebut: “Suatu ketika dulu Nabi SAW berkhutbah di atas sebatang kurma. Tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang kurma itu pun menangis (dalam satu riwayat lain, kami mendengar seperti suara unta menangis). Maka Nabi SAW mendatanginya sambil meletakkan tangannya pada batang korma itu (untuk menenangkannya)”. [Bukhari (3390) (876), Tirmidhi (505)]



1. hari pertama di kampung Chew metry leu, cambodia.
Sesampai di kampung ini pada jam 5.00 petang waktu cambodia, memang disambut dengan penduduk kampung. Anak-anak kampung seusia 4-6 tahun datang dan melihat kelibat kehadiran kami. Di suatu sudut bangunan lama, terdengar suara kanak-kanak berumur 9-10 tahun belajar mengaji berdindingkan papan buruk. Di suatu sudut lagi, terdapat bangunan lama, dahulunya masjid dan menjadi tempat para pelajar perempuan belajar al-quran.

Perbincangan bersama wakil kampung dan wakil Mobiliti

Wajah kanak-kanak kampung

Makanan malam dihidangkan oleh keluarga angkat

Setelah semua beg dan barang yang dibawa di turunkan dari bus, satu mesyuarat bersama penduduk kampung telah dijalankan. Antara agenda meyuarat adalah
1. memperkenalkan ahli peserta pada ahli jawatankuasa kampung.
2. merancang aktiviti yang akan dilakukan esok
Sesudah majlis, saya bersama asrif dibawa ke rumah salah sebuah penduduk kampung. Sebanyak 7 buah keluarga angkat dipilih. petang tersebut dengan bertemankan adik angkat ' bukhari', kami berjalan menyusuri sungai mekong. terdapat beberapa buah bot, di sana masyarat memanggil ' pelampung'. pekerjaan utama penduduk kampung adalah nelayan sungai. suasana persekitaran di kampung ini agak mendukacitakan. sampah sarap + debu memang banyak.. dikala menyusuri sungai, terserempak anak-anak kecik sedang bermain.. bukhari memanggil anak-anak tersebut untuk memperdengarkan saya bacaan surah. 2 surah dipilih untuk di baca.. umur 4-5 tahun sudah pandai menghafal.

Malam, kami dilayan sangat baik. menu makanan malam pertama agak ganjil sekali.. Kami dihidangkan dengan usus lembu goreng, ikan helang goreng, dan sup sayur. Memang gelak melihat asrif memakan ikan sungai.. Dan setelah memakan usus lembu itu, barulah ayah angkat memberitahu namanya..

Hari ke 2
Memandangkan pada hari ini ialah hari jumaat, kami perlu mempercepatkan aktiviti yang dirancang. 2 buah kumpulan dibentuk. Salah satu kumpulan dibentuk untuk menyediakan masakan malaysia. Dan satu kumpulan untuk aktiviti LDK ( latihan dalam kumpulan ).
cabaran saya selaku ketua program mobiliti bersama ayu, asrif, afendi untuk menyediakan masakan malaysia. bermula 8 pagi kami menaiki 'tut tut' yang popular di cambodia pergi ke pasar di pekan yang berhampiran.. memang menarik sebab sebiji motor boleh membawa 6 orang sekaligus.. proses mencari bahan-bahan mentah selesai sekitar pukul 10 pagi. persiapan memasak setelah pulang dari pasar bersama beberapa ajk yang terlibat memang mencabar. kekurangan alat memasak dan juga bahan menjadikan kami lebih kreatif lagi untuk menyediakan masakan. sekitar jam 12 tgh hari, selesai solat jumaat. kami menghidangkan masakan melayu malaysia. berbalik pada cerita LDK, aktiviti yang dijalankan mendapat komunikasi yang baik diantara pelajar-pelajar perempuan. walaupun dijalankan pada keadaan yang agak kelam kabut.. memang tugas yang berat bagi setiap peserta. syabas...

Aktiviti LDK bersama pelajar perempuan

Majlis perasmian & penutup di jalankan di dalam masjid. agak kelam kabut disebabkan beberapa pekara yang x dijangka. Pada petang hari jumaat, kami dibawa menyusuri sungai mekong sehingga ke tanah seberang, mengambil gambar serta melihat keindahan Illahi. memang cantik pandangan di kawasan tersebut. Malam kedua kami makan bersama-sama keluarga angkat.. Memang kali ini rasa best, sup daging, buah, ikan serta air kelapa memang mengenyangkan kami.

suasana pasar di pekan


aktiviti memasak
ikan toman bakar
Inilah ibu angkat kami

Majlis penutup dan sesi bergambar
Menyusuri sungai mekong

Berlatar belakang pandangan kampung

Hari ke 3
Seawal pagi pukul 6, kami bangun dan mengemaskan pakaian dan juga peralatan. Sebelum bersarapan, kami bersama keluarga angkat berkesempatan mengambil gambar di hadapan rumah yang kami duduki. Bersalaman bersama keluarga angkat dan mengucapkan ' oukun ' terima kasih kerana menerima kami disini. Perjalanan yang panjang untuk ke siem reap selama 6 jam untuk aktiviti seterusnya.

Bergambar sebelum bertolak ke Siem reap
Dihadapan rumah keluarga angkat

Hari ke 4
Bermula perjalanan ke angkor wat, Salah sebuah tempat pemerintahan kerajaan lama di cambodia pada kurun ke 17. Monumen ini menempatkan istana raja, perpustakaan, tempat istirehat, dan bermacam lagi. Terdapat beberapa pekara yang menarik untuk dikongsi.
1. Bangunan ini menjadi mercu tanda tempat bersejarah di siem reap.
2. Keluasan angkor wat ini memerlukan 3 hari perjalanan untuk melawatnya
3. Tasik buatan sekeliling angkor wat ini menghasilkan udara yang bersih dan juga nyaman.
4. Struktur arca patung singa di angkor wat kebanyakan telah di curi pada zaman dahulu untuk di jual di black market.
5. Batu-batu diangkut melalui jalan sungai
6. Ukiran pada dinding angkor wat menceritakan peperangan pada zaman kerajaan diraja.

Pada sebelah petang, perjalanan seterusnya ke tasik tonle sap. Tasik buatan ini adalah yang terbesar didunia dan menjadi sumber pendapatan nelayan air tawar. Setelah penat selama 2-3 jam di tasik tonle sap, kami pergi ke angkor thom, tempat ini agak unik dan menjadi tempat penggambaran filem tom rider.


Sepanjang susur tasik Tonle Sap
Kanak-kanak dari negara Vietnam yang mendominasi kawasan tasik

Sesi bersama peserta mobiliti
di angkor thom

Hari ke 5
Hari seterusnya, kami bertolak dari siem reap ke phnom penh. Perjalanan selama 6 jam memang memenatkan. Sebelah petang, kami berjalan-jalan disekitar bandar siem reap. Menaiki kapal menyusuri sungai.

Hari ke 6
Program diteruskan dengan aktiviti melawat sekitar bandar. Kami tidak berkesempatan untuk memasuki silver pagoda, kerana terdapat upacara yang kami tidak tahu.
Pada sebelah petang, aktivit ke universiti norten. Universiti swasta yang sangat popular di cambodia.Kami bersama rombongan uthm dibawa ke bilik mesyuarat untuk sesi perbincangan.
selama 2 jam itu, kami bertukar-tukar maklumat dan pandangan dengan pihak universiti.






Hari ke 7
Adalah hari yang terakhir di cambodia sebelum berangkat ke malaysia. Memang tidak dijangka masa berlalu dengan pantas. Takala sudah hari ke 7 di cambodia, 2 tempat yang paling menyeronokan untuk bershopping. 1 di russian market dan 1 di central market. Russian market memang murah sikit berbanding dengan central market.Pada pukul 3 petang, kami bertolak ke lapangan terbang antarabangsa phnom penh.


Pandangan terhadap cambodia dan masyarakat di sana.
Alhamdulillah, setelah berpenat lelah untuk menjalankan misi di cambodia terutamanya di kampung chrow metry leu. Masyarakat kampung kebanyakkan tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Purata mereka berpendapatan sekitar 20-50 usd sebulan. Negara cambodia memang boleh membangun sekiranya tiada 3 pekara ini.
1. Corruption
2. Corruption
3. Corruption
Inilah yang dapat dilihat sepanjang berada disana. Walaupun tidak pernah terjadi pada diri sendiri, tapi dari perbualan orang sekeliling, memang tidak dapat dinafikan. Ini terjadi di kawasan bandar, pekerja di sektor kerajaan, pegawai polis, serta pada sesetengah tempat. Apa yang dapat disimpulkan, sesebuah negara tidak akan maju jika kerajaan sendiri tidak menghalang gejala ini.
Bagi masyarakat kampung, mereka menjadi mangsa. yang miskin tetap semakin miskin. Yang kaya terus menjadi semakin kaya. Tetapi di kampung, mereka lebih mengamalkan sikap memegang pada agama yang kuat, kesusahan dikongsi bersama dan kesenangan dirasai bersama. Kami telah cuba membawa pemikiran masyarakat kampung ini untuk terus keluar untuk berfikir mencari penyelesaian. Dengan adanya aktiviti serta sesi perbincangan, semoga segala usaha beroleh keberkatanNYA.



My videos. Featured videos.

Networkedblogs

MY style 2010

MY style 2010

My photos. Now you know me.

Time

Browse Flickr

My lifestream. Stay updated with me.

my twEETer

My favblog. Feeds from them.

    I am the

    Photobucket