"Katakanlah Muhammad, "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan seluruh alam." Surah Al-An'am ayat 162
Kelebihan yang ada sebagai seseorang yang baru belajar erti " alam pekerjaan" sangatlah banyak. Berlambak-lambak dugaan yang diterima takala bekerja. Itu baru satu, dua projek.. Menjadi Khalifah di Mukabumi Allah s.w.t perlulah sentiasa bersabar dalam dugaan. Keluar mencari rezeki untuk menyara diri dan keluarga kerana Allah SWT. Hati akan menjadi tenang sepanjang waktu bekerja.
Sesungguhnya adalah menjadi rugi sekiranya kita keluar bekerja setiap hari mencari nafkah untuk isteri, anak-anak, dan keluarga jika tidak berniat bekerja sebagai ibadah. Alangkah baiknya jika kita berniat keluar bekerja kerana Allah, kita pasti mendapat pahala sepanjang bekerja dan mendapat rezeki yang berkat
No Response to "Esok Belum Tentu Gembira ~ Engineer dot.com"
Post a Comment