My Writings. My Thoughts.

Dugaan dan Cabaran

On » Sunday, July 08, 2012 //


Setiap hari kita berdepan dengan pelbagai dugaan dan cabaran.. tidak kira di tempat kerja, di rumah mahupun di dalam kereta sekalipun.. saya mengalaminya setiap hari sehinggakan tidur malam tidak lena. inilah tugas sebagai seorang jurutera projek.. ada saja yang berlaku dan tidak terduga.


Ketenangan dan kedamaian hidup merupakan harapan setiap insan. Bahkan jiwa manusia menginginkan agar kesenangan itu abadi dalam kehidupannya. Tidak selamanya langit itu cerah, kadang-kadang mendung mewarnai perjalanan hari, kerana ia merupakan permintaan suatu ketentuan. Begitu juga perjalanan insan bahawa setiap penderitaan, dugaan dan kesengsaraan merupakan ketentuan Illahi yang harus diterima dengan hati yang jernih.
Tidak ramai yang tahan dalam menerima ujian Allah S.W.T. Mungkin kerana dorongan hawa nafsu yang cintakan kehidupan dunia yang serba sementara ini. Sesungguhnya sangat besar rahmat yang tersimpan di sebalik dugaan bagi insan yang sabar.
Umar Abdul Aziz pernah berkata, “Tidak ada satu nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T., kepada seseorang itu, lalu diambil kembali nikmat tersebut sedangkan orang itu menerima takdir yang menimpa dirinya dengan sabar, melainkan Allah akan mengganti dengan yang lebih baik bagi dirinya”.

No Response to "Dugaan dan Cabaran"

My videos. Featured videos.

Networkedblogs

MY style 2010

MY style 2010

My photos. Now you know me.

Time

Browse Flickr

My lifestream. Stay updated with me.

my twEETer

My favblog. Feeds from them.

    I am the

    Photobucket
    UTHM Official Website