1. hari pertama di kampung Chew metry leu, cambodia.
Sesampai di kampung ini pada jam 5.00 petang waktu cambodia, memang disambut dengan penduduk kampung. Anak-anak kampung seusia 4-6 tahun datang dan melihat kelibat kehadiran kami. Di suatu sudut bangunan lama, terdengar suara kanak-kanak berumur 9-10 tahun belajar mengaji berdindingkan papan buruk. Di suatu sudut lagi, terdapat bangunan lama, dahulunya masjid dan menjadi tempat para pelajar perempuan belajar al-quran.
Perbincangan bersama wakil kampung dan wakil Mobiliti
Wajah kanak-kanak kampung
Makanan malam dihidangkan oleh keluarga angkat
Setelah semua beg dan barang yang dibawa di turunkan dari bus, satu mesyuarat bersama penduduk kampung telah dijalankan. Antara agenda meyuarat adalah
1. memperkenalkan ahli peserta pada ahli jawatankuasa kampung.
2. merancang aktiviti yang akan dilakukan esok
Sesudah majlis, saya bersama asrif dibawa ke rumah salah sebuah penduduk kampung. Sebanyak 7 buah keluarga angkat dipilih. petang tersebut dengan bertemankan adik angkat ' bukhari', kami berjalan menyusuri sungai mekong. terdapat beberapa buah bot, di sana masyarat memanggil ' pelampung'. pekerjaan utama penduduk kampung adalah nelayan sungai. suasana persekitaran di kampung ini agak mendukacitakan. sampah sarap + debu memang banyak.. dikala menyusuri sungai, terserempak anak-anak kecik sedang bermain.. bukhari memanggil anak-anak tersebut untuk memperdengarkan saya bacaan surah. 2 surah dipilih untuk di baca.. umur 4-5 tahun sudah pandai menghafal.
Malam, kami dilayan sangat baik. menu makanan malam pertama agak ganjil sekali.. Kami dihidangkan dengan usus lembu goreng, ikan helang goreng, dan sup sayur. Memang gelak melihat asrif memakan ikan sungai.. Dan setelah memakan usus lembu itu, barulah ayah angkat memberitahu namanya..
Hari ke 2
Memandangkan pada hari ini ialah hari jumaat, kami perlu mempercepatkan aktiviti yang dirancang. 2 buah kumpulan dibentuk. Salah satu kumpulan dibentuk untuk menyediakan masakan malaysia. Dan satu kumpulan untuk aktiviti LDK ( latihan dalam kumpulan ).
cabaran saya selaku ketua program mobiliti bersama ayu, asrif, afendi untuk menyediakan masakan malaysia. bermula 8 pagi kami menaiki 'tut tut' yang popular di cambodia pergi ke pasar di pekan yang berhampiran.. memang menarik sebab sebiji motor boleh membawa 6 orang sekaligus.. proses mencari bahan-bahan mentah selesai sekitar pukul 10 pagi. persiapan memasak setelah pulang dari pasar bersama beberapa ajk yang terlibat memang mencabar. kekurangan alat memasak dan juga bahan menjadikan kami lebih kreatif lagi untuk menyediakan masakan. sekitar jam 12 tgh hari, selesai solat jumaat. kami menghidangkan masakan melayu malaysia. berbalik pada cerita LDK, aktiviti yang dijalankan mendapat komunikasi yang baik diantara pelajar-pelajar perempuan. walaupun dijalankan pada keadaan yang agak kelam kabut.. memang tugas yang berat bagi setiap peserta. syabas...
Aktiviti LDK bersama pelajar perempuan
Majlis perasmian & penutup di jalankan di dalam masjid. agak kelam kabut disebabkan beberapa pekara yang x dijangka. Pada petang hari jumaat, kami dibawa menyusuri sungai mekong sehingga ke tanah seberang, mengambil gambar serta melihat keindahan Illahi. memang cantik pandangan di kawasan tersebut. Malam kedua kami makan bersama-sama keluarga angkat.. Memang kali ini rasa best, sup daging, buah, ikan serta air kelapa memang mengenyangkan kami.
suasana pasar di pekan
aktiviti memasak
ikan toman bakar
Inilah ibu angkat kami
Majlis penutup dan sesi bergambar
Menyusuri sungai mekong
Berlatar belakang pandangan kampung
Hari ke 3
Seawal pagi pukul 6, kami bangun dan mengemaskan pakaian dan juga peralatan. Sebelum bersarapan, kami bersama keluarga angkat berkesempatan mengambil gambar di hadapan rumah yang kami duduki. Bersalaman bersama keluarga angkat dan mengucapkan ' oukun ' terima kasih kerana menerima kami disini. Perjalanan yang panjang untuk ke siem reap selama 6 jam untuk aktiviti seterusnya.
Bergambar sebelum bertolak ke Siem reap
Dihadapan rumah keluarga angkat
Hari ke 4
Bermula perjalanan ke angkor wat, Salah sebuah tempat pemerintahan kerajaan lama di cambodia pada kurun ke 17. Monumen ini menempatkan istana raja, perpustakaan, tempat istirehat, dan bermacam lagi. Terdapat beberapa pekara yang menarik untuk dikongsi.
1. Bangunan ini menjadi mercu tanda tempat bersejarah di siem reap.
2. Keluasan angkor wat ini memerlukan 3 hari perjalanan untuk melawatnya
3. Tasik buatan sekeliling angkor wat ini menghasilkan udara yang bersih dan juga nyaman.
4. Struktur arca patung singa di angkor wat kebanyakan telah di curi pada zaman dahulu untuk di jual di black market.
5. Batu-batu diangkut melalui jalan sungai
6. Ukiran pada dinding angkor wat menceritakan peperangan pada zaman kerajaan diraja.
Pada sebelah petang, perjalanan seterusnya ke tasik tonle sap. Tasik buatan ini adalah yang terbesar didunia dan menjadi sumber pendapatan nelayan air tawar. Setelah penat selama 2-3 jam di tasik tonle sap, kami pergi ke angkor thom, tempat ini agak unik dan menjadi tempat penggambaran filem tom rider.
Sepanjang susur tasik Tonle Sap
Kanak-kanak dari negara Vietnam yang mendominasi kawasan tasik
Sesi bersama peserta mobiliti
di angkor thom
Hari ke 5
Hari seterusnya, kami bertolak dari siem reap ke phnom penh. Perjalanan selama 6 jam memang memenatkan. Sebelah petang, kami berjalan-jalan disekitar bandar siem reap. Menaiki kapal menyusuri sungai.
Hari ke 6
Program diteruskan dengan aktiviti melawat sekitar bandar. Kami tidak berkesempatan untuk memasuki silver pagoda, kerana terdapat upacara yang kami tidak tahu.
Pada sebelah petang, aktivit ke universiti norten. Universiti swasta yang sangat popular di cambodia.Kami bersama rombongan uthm dibawa ke bilik mesyuarat untuk sesi perbincangan.
selama 2 jam itu, kami bertukar-tukar maklumat dan pandangan dengan pihak universiti.
Hari ke 7
Adalah hari yang terakhir di cambodia sebelum berangkat ke malaysia. Memang tidak dijangka masa berlalu dengan pantas. Takala sudah hari ke 7 di cambodia, 2 tempat yang paling menyeronokan untuk bershopping. 1 di russian market dan 1 di central market. Russian market memang murah sikit berbanding dengan central market.Pada pukul 3 petang, kami bertolak ke lapangan terbang antarabangsa phnom penh.
Pandangan terhadap cambodia dan masyarakat di sana.
Alhamdulillah, setelah berpenat lelah untuk menjalankan misi di cambodia terutamanya di kampung chrow metry leu. Masyarakat kampung kebanyakkan tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Purata mereka berpendapatan sekitar 20-50 usd sebulan. Negara cambodia memang boleh membangun sekiranya tiada 3 pekara ini.
1. Corruption
2. Corruption
3. Corruption
Inilah yang dapat dilihat sepanjang berada disana. Walaupun tidak pernah terjadi pada diri sendiri, tapi dari perbualan orang sekeliling, memang tidak dapat dinafikan. Ini terjadi di kawasan bandar, pekerja di sektor kerajaan, pegawai polis, serta pada sesetengah tempat. Apa yang dapat disimpulkan, sesebuah negara tidak akan maju jika kerajaan sendiri tidak menghalang gejala ini.
Bagi masyarakat kampung, mereka menjadi mangsa. yang miskin tetap semakin miskin. Yang kaya terus menjadi semakin kaya. Tetapi di kampung, mereka lebih mengamalkan sikap memegang pada agama yang kuat, kesusahan dikongsi bersama dan kesenangan dirasai bersama. Kami telah cuba membawa pemikiran masyarakat kampung ini untuk terus keluar untuk berfikir mencari penyelesaian. Dengan adanya aktiviti serta sesi perbincangan, semoga segala usaha beroleh keberkatanNYA.
1 Response to "Cambodia in heart"
mengharapkan pertemuan di kemboja bukan yg terakhir...
Post a Comment