My Writings. My Thoughts.
part-3-menjejak-sirah-2011
Pukul 2.30 petang, bas kami bertolak meninggalkan bumi Madinah untuk ke tempat miqat, yakni Dzulhulaifah.
Kami sampai di Dzulhulaifah, tempat di mana Rasulullah SAW melakukan miqat sewaktu Hajjatul Wida’.Selepas memakai ihram, kami bersolat tahiyatrul masjid dan bergambar-gambar.Perjalanan memakan masa 6-7 jam dari Makkah ke Madinah memang terasa jauhnya. Tetapi tanpa disangka perjalanan yang panjang tidak terasa apabila melihat sekeliling kawasan padang pasir.
Sesekali berhenti di perhentian, menunaikan solat Jamak serta mengisi perut yang kosong. Naik di atas bas, pukul 7.40mlm, kami bertolak semula ke Makkah. Hati melantun-lantun doa. Ya ALLAH terima lah, Ya ALLAH terima lah, Ya ALLAH terimalah, ini hambaMu yang berdosa, hina, faqir ini datang menghadap. Getaran hati semakin kuat, bila talbiah dilaung-laung, hati macam menjerit-jerit. Akhirnya mengguyurlah rasa, hati jadi teramat sebak.
Perjalanan itu penuh keinsafan. Tambahan apabila saya melihat kiri dan kanan saya adalah padang pasir.
“ Rasulullah dulu jalan kaki dari Makkah ke Madinah macam ini kah?” Hati hendak menangis.
“ Rasulullah dulu buat hajjatul wida’ dengan para sahabat panas-panas macam ini kah?” Jiwa menjerit.
Teringat pula Tabuk yang telah kami lalui sebelum sampai ke Madinah. “ Rasulullah dengan para sahabat pergi perang jalan kaki naik unta jauh-jauh macam itu kah?” MasyaALLAH…
Saya terasa bahawa selama ini saya macam main-main sahaja dalam hidup ini.
Ya Rasulullah, akulah ummat kau yang paling tak berguna sekali.
Talbiah dilaung-laung sehingga tekak terasa kehausan.
Takut sungguh kalau perjalanan ini sia-sia sahaja.
Kami tiba di Makkah, memasuki tanah haram pada jam 11.00 malam. Kami naik ke hotel dahulu, memunggah barang, dan kemudian baru bergerak ke Masjidil Haram. Mutawif membimbing kami kali pertama sebagai panduan untuk mengerjakan umrah kali ini.
Pertama kali melihat Kaabah, saya terdiam. Jiwa saya jadi senyap. Hati jadi kaku. MAsyaALLAH….
Ya ALLAH, KAU benarkan aku menjejakkan kaki di sini? Di rumahMu ini? . Terasa sebak di hati memikirkan dosa-dosa yang telah dilakukan dan disinilah keinginan saya memohon taubat serta memperbanyakkan amalan. Membersihkan jiwa serta memohon keampunan daripaNYA.
Terasa kasih sayang ALLAH mencurah-curah di atas kepala. Walaupun suasana agak hangat dan membahang di sini, perasaan itu jauh lebih menguasai dari keadaan. Kami melakukan tawaf beramai-ramai dibimbing oleh mutawif.
Pertama kali bertawaf mengelilingi kaabah, perasaannya sukar diungkap. MasyaALLAH. Tidak tergambar perasaan seperti didalam mimpi berada di hadapan kaabah untuk menunaikan ibadah umrah. Sekeliling kaabah dipenuhi oleh umat islam dari serata dunia.
Berada ditengah-tengah kawasan tempat bertawaf dikelilingi oleh umat islam dari negara lain terasa sungguh kerdilnya seorang hamba ini. Sesekali sekala terdengar laungan talbiah yang begitu kuat dari sekumpulan gerombolan dari negara iran. Memang x dinafikan mereka memang begitu popular di sini sehinggakan talbiah dari mutawif kami tenggelam tidak dapat didengar. saya hanya mengikut langkah berjalan mengelilingi kaabah bersama-sama kumpulan saya sehingga selesai.
ALLAH, terima lah…
Selepas tawaf, saya solat sunat di belakang Makam Ibrahim, dan mengambil sunat meminum air zam-zam sepuas-puasnya. Kemudian giliran ibadah sa’ie pula dilakukan.
Oh, Siti Hajar, bagaimana agaknya kamu berlari? Baru lepas melahirkan Ismail, di tengah panas, di atas pasir yang membahang, mendaki bukit Safa dan Marwah berulang-ulang. MAsyaALLAH… berbanding dengan saya, berlari ketika malam, tertutup pula dengan bumbung, bukit safa dan marwah sudah diratakan sedikit, berlari pula di atas tile yang sejuk, ada kipas di tepi-tepi tempat Sa’ie, kalau penat, ada tong zam-zam disediakan di sisi. MasyaALLAH… Hinanya diri.. hinanya diri.. Ya ALLAH.. Malunya aku…
Kemudian, kami bertahalul. Alhamdulillah. Selepas itu kami pergi makan dan pulang ke hotel. Terasa seperti satu tanggungjawab besar sudah diselesaikan.
Hari seterusnya, saya isi masa di dalam masjid sahaja. Isi masa dan isi masa. Tiada yang lebih seronok dari mengisi masa di dalam masjid dalam kembara ini. Mencari hakikat diri, muhasabah, memohon ampun, berharap, menghiba, semuanya itu melengkapkan diri untuk mempertingkatkan peribadi hati.
Ketika hendak masuk waktu azan, saya bersama nazri, rakan sebilik saya berlari-lari pergi ke masjid untuk duduk di hadapan kaabah. Saya suka duduk di hadapan kaabah yang besar itu, ada terasa sesuatu yang amat berlainan bila melihat baitullah itu. Hati berasa seronok.
Selepas menunaikan solat, pada kebiasaanya sesudah solat asar, saya bersama-sama nazri berjalan-jalan sekitar kota makkah untuk melihat suasana sekeliling kota makkah.. pengalaman memang seronok serta terasa satu kelainan apabila melihat pemandangan di sana. Tangan memegang erat DSLR untuk menangkap seberapa banyak gambar yang boleh.
Hari-hari berikutnya, kami sekumpulan jemaah melakukan ibadah umrah berkali-kali tanpa rasa penat. Tana’in merupakan mikat yang paling terdekat.. dikenali sebagai ‘ mikat aisyah’ oleh penduduk di situ. Hanya dengan 5 riyal untuk pengangkutan pergi dan balik menaiki van. Sungguh seronok melihat pemandu-pemandu van ini, mereka sangat ramah apabila bertemu jemaah malaysia.. sempat melihat ayah berbual dengan pemandu tersebut.. selepas bermikat, kami melakukan tawaf, saie, tahalul seperti biasa bersendirian tanpa dibimbing oleh mutawif kerana sebelum ini mutawif sudah menerangkan proses perjalanan mengerjakan umrah.
Selesai tahalul. Saya menuju balik ke hotel, kebiasaannya ayah berpesan supaya bersedekah kepada pekerja-pekerja yang bekerja membersihkan Baitullah. Hati tercari-cari dimanakah hendak ku pilih untuk bersedekah.. tetiba terserempak dengan pekerja Indonesia, merekalah yang ku pilih disebabkan hati tergerak untuk melakukannya. Berborak seketika bersama mereka. Agak lama mereka bekerja di sana, hampir 6 bulan.. tapi merekalah yang beruntung. Dapat bersama-sama solat jemaah di situ.. begitu tidak terkira pahalanya di samping melakukan kerja-kerja pembersihan di dalam masjid.
Keluar dari pintu masjidilharam menuju ke hotel, jarak agak dekat sekitar 500 meter.. melihat kedai-kedai yang menjual makanan disitu terasa nafsu makan membuak-buak.. terasa hendak mencuba kebab disana.. paling popular di sekitar makkah dengan harga 3 riyal..
Apabila tiba waktu solat, saya bergegas kembali ke masjidilharam untuk mengambil tempat untuk menunaikan solat. Selesai habis solat, kebiasaan pada solat maghrib dan isyak, saya dan nazri sayup melihat gelagat jemaah berlumba-lumba mencium Hajarul Aswad. Belum sempat imam bangun untuk beredar, jemaah-jemaah berlari-lari menuju ke situ.
Saya teringat kata-kata Saidina Umar Al-Khattab RA,
“ Wahai Hajarul Aswad, aku tahu sesungguhnya engkau ini hanyalah batu, engkau tidak memberikan mudarat mahupun manfaat. Kalau bukan kerana aku melihat Rasulullah menciummu, nescaya kau tidak akan aku cium”
Kenapa Saidina Umar berkata demikian? Saya nampak sebabbnya hari ini.
Hajarul Aswad hanyalah batu. Menciumnya adalah sunnah. Bukanlah hajarul aswad itu yang mengampunkan dosa. Tetapi ALLAH jugalah yang menghapuskan dosa seseorang manusia. Hendak mengejar sesuatu yang sunnah, kita secara tidak sengaja telah merosakkan banyak benda yang wajib. Kita pukul, siku, tolak, saudara-saudara seislam kita yang lain dalam perjalanan menciumnya, ada pula yang sanggup keluar dari solat awal dari imam untuk menciumnya dan sebagainya. Akhirnya, kita melebihkan Hajarul Aswad daripada ALLAH SWT.
Bayangkan, kita bermati-matian hendak mencium hajarul aswad, tetapi bila dilaungkan melaksanakan solat atau amalan kebaikan lain, kita tidak berlari pun. Jadi, siapa TUHAN pada waktu kita merempuh manusia lain, membaling manusia lain, memukul, menyiku, bertolak-tolakan dengan manusia lain semasa mencium hajarul aswad? Siapa TUHAN kita masa itu?
Secara tidak sedar, sebenarnya kita telah menjadikan Hajarul Aswad sebagai TUHAN. Kenapa kita bermati-matian hendak menciumnya? Sebab kita anggap, siapa mencium hajarul aswad ini, akan terampun segala dosa.
Tapi ingat, jalan yang buruk tidak akan mendatangkan kebaikan. Kalau hendak pergi haji dan umrah, kita tahu kena pakai duit yang halal. Maka kenapa hendak mencium Hajarul Aswad, kita ambil jalan yang salah? Pukul saudara kita, tolak dia, campak dia, dan sebagainya? Sedangkan hajarul Aswad itu sunat sahaja.
Patutlah Saidina Umar berbicara sedemikian rupa. Bukan kerana ego, tetapi dia sudah nampak bahawa manusia akan taksub dan mendewa-dewakan seketul batu bernama Hajarul Aswad ini. Apabila sekarang ini ramai dikalangan mereka tidak sedar perbuatan yang dilakukan, diharap bimbingan dan kursus pada mereka sebelum mengerjakan haji ataupun umrah mesti dilakukan untuk memastikan mereka mendapat barkat.
Ziarah di sekeliling makkah memang perkara yang ditunggu. Memang peluang yang ada ini dimamfaatkan oleh saya. Melihat tempat-tempat yang bersejarah seperti gua hiraq, jabal rahmah, padang arafah, tempat melontar jamrah, masjid jin, masjid qiblatain, masjid kucing dan macam-macam lagi memang menyeronokkan.. tidak sempat mengambil gambar disebabkan kepenatan.
Sampai hari-hari terakhir, Perjalanan pulang bermula.
MasyaALLAH….
Sebentar sahaja rasanya.
Bergerak dari makkah pukul 11.00 pagi. Disepanjang perjalanan pulang, mutawatif sempat memohon doa, doa meninggalkan baitullah, doa meninggalkan tanah haram.. terasa sayu, sebak hendak meninggalkan tanah suci ini.
Saya berjanji di dalam hati, kalau ada umur panjang, kalau ada rezeki, kalau ALLAH izin, saya akan datang lagi. Sememangnya, Haramain adalah tempat yang baik untuk menyucikan hati. Duduk di sini memang indah. Beramal sahaja. Di sekeliling kita semuanya orang Islam. Di sini kurang masalah kerosakan ummah, gejala sosial dan sebagainya. Duduk di sini, kita hanya fikirkan kita sahaja, kita hanya fikirkan diri kita sahaja.
Tidak elok berlama-lama di Haramain, nanti semangat juang luntur. Cukuplah ke sana mengambil manfaat, merehatkan hati. Kita bukan hendak tinggal di sana selama-lamanya. Sahabat-sahabat Rasulullah SAW juga ramai yang mati di luar Madinah dan Makkah, kerana menyebar luaskan agama ALLAH SWT, memperbaiki ummah dan mengajak kepada kebenaran.
Kita juga sepatutnya demikian.
Perjalanan pulang mengambil masa 3-4 jam.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Sebahagian catatan perjalanan diambil dan diolah daripada blog Hilal Asyraf. Penulis novel yang terkenal..
My videos. Featured videos.
My photos. Now you know me.
Time
Browse Flickr
My lifestream. Stay updated with me.
my twEETer
About Me
My Blog List
-
Ladda ner film Frog Dreaming7 years ago
-
Creed (2015)8 years ago
-
Telah Terbit: Tinta 2 Asyraf10 years ago
-
Percutian ke bali-Part 310 years ago
-
Penulis Bersama13 years ago
-
UNTUK RENUNGAN BERSAMA13 years ago
-
Pijie... Rindu kamu..14 years ago
-
-
FOLLOW ME ON twitter
Followers
See AGain Ya
Latest Update
Blog Archive
Kata kata Albert Einstein
Categories
- ceritera pengantin (9)
- ceritera sosial (2)
- ku menasihati (13)
- outing luar (5)
- perjalanan hidup (14)
- promo-promosi (2)
- raye 09 (3)
My videos. Featured videos.
Labels
- ceritera pengantin (9)
- ceritera sosial (2)
- ku menasihati (13)
- outing luar (5)
- perjalanan hidup (14)
- promo-promosi (2)
- raye 09 (3)
1 Response to "part-3-menjejak-sirah-2011"
Salam Bro Nuovic. Tahniah anda dah menjejaki kaki ke Mekah dan Madinah. Saya pun baru pulang dari sana pada 13 Julai yang lalu. Seronok rasanya.
Saya sudah mula menceritakan pengalaman saya sedikit demi sedikit dalam blog saya.
Jumpa lagi!
Post a Comment