catatan perjalanan saya bersama rombongan ke tempat sirah yang tertulis .Semoga ALLAH redha dan terima segala amalan kita, dalam usaha kita menjadi hambaNya
jam 3.30 ptg | jumaat |3/6/2011
sesampai di KLIA sepang.. duduk termenung di pinggir kerusi.. menunggu jemaah rombongan lain sampai.. setelah 1 jam menunggu, terasa lapar dan boring.. berjalan2 sekitar airport dan terus menuju ke KFC sambil online disana.. lebih kurang 2 jam setengah di sana sekitar jam 9.00 mlm. check-in di kaunter pelepasan.menuju ke aerotrain.
jam 10.00 malam | jumaat |3/6/2011 berlepas ke jordan melalui bangkok terus ke amman jordan selama 12 jam di atas flight.
jam 10.00 pagi | sabtu |4/6/2011 tiba dengan selamat di amman jordan. cuaca agak sejuk walaupun sekitar pukul 9.00-10.00 pagi.. walaupun matahari agak terik, cuaca tetap sejuk. menunggu bus untuk dibawa ke hotel persinggahan untuk mandi dan menukar baju.
jam 11.00 pagi | sabtu |4/6/2011 melawat sekitar jordan.. ziarah ke gua ashabulkhafi.. dimana tertulis didalam al-quran bahawa 7 orang pemuda ini tidur selama hampir 400 tahun di dalam gua demi mempertahankan islam.
jam 12.00 tgh hari | sabtu |4/6/2011
Rombongan bergerak ke laut mati ( dead sea ) dimana laut mati ini sebenarnya sebuah kawasan purba penempatan kaum Luth yg Allah terbalikkan akibat perilaku mungkar . Laut ni lawan graviti. Walaupon dalam, kita takkan tenggelam. Dipercayai kt dasar tu banyak khazanah berharga. dipersisiran pantai terbentuk kristal-kristal garam yang terhasil akibat penyejatan.. air laut mati agak tepu dan masin.
jam 1.00 petang | sabtu |4/6/2011 Kembali meneruskan perjalanan ke satu destinasi yang tidak diketauhi. Masjid Nabi Syuib a.s yang terletak jauh dari laut mati.. sekitar 40 minit perjalanan.
jam 2.00 pagi | sabtu |4/6/2011 setelah menunaikan solat di masjid nabi syuib, bergegas ke makam nabi untuk berdoa. diketuai oleh iman disitu.. tergesa-gesa mengejar masa yang tidak cukup. bergerak balik ke hotel selepas selesai berdoa. dan beberapa minit di hotel.. bergegas ke airport untuk ke jeddah.
No Response to "part-1-menjejak-sirah-2011"
Post a Comment