My Writings. My Thoughts.

Berjalan. Pandang.

At » Thursday, April 12, 2012 // 0 Comments »

assalamualaikum..
mood tengah-tengah malam untuk menaip blog telah datang, setelah sekian lama tidak update dek kerana kesibukan bekerja..
5 pekara yang penting ingin berkongsi:
1. adakalanya apabila kita mengalami kesusahan, kita tidak terpikir untuk berusaha untuk menyelesaikan.
2. adakalanya apabila kita berhadapan dengan sesuatu masalah, kita jarang berfikir untuk mengatasinya.
3. adakalanya juga, setiap kali kita menghadapinya balik, kita lupa menjadikan ia iktibar
4. adakala, setiap yang kita hadapi itu, Tuhan sengaja menduga kita.
5. Terakhir sekali, penyelesaiannya, kita berbalik pada asalnya.

Tuhan menjadikan manusia sebagai khalifah diatas muka bumi, kita yang mengatur kehidupan sebaik mungkin. adakalanya kita goyang dek dilanggar ombak. kita bangun dan teruslah menempuh gelombang itu.. walaupun kita tahu, adakalanya kita akan gagal sekali lagi. tetapi tidak segagal orang yang berputus asa terlebih dahulu.

DUNIA PEKERJAAN :

At » Thursday, April 12, 2012 // 0 Comments »

BULAN APRIL ( Dataran Tenaga (M) Sdn. Bhd. )


Sebulan lebih telah dilalui sebagai site engineer-penyelia projek- project engineer. Hampir seminggu berada di syarikat baru setelah sebulan berada di company lama yang agak kelam kabut dan juga pelbagai pekara berlaku. Position di company yang baru sebagai project engineer untuk projek STP (sewerage treatment plant), IPS ( intermediate pumping station ) di kawasan sekitar Johor. Tugas yang agak mencabar bersama-sama 3 project engineer yang lain di bahagian perlaksanaan(construct) . Sebahagian engineer lain bertugas dibahagian rekabentuk(design). dan beberapa lagi di bahagian site. Situasi yang selesa di bahagian perlaksana dengan bantuan project manager membuatkan aku lebih senang untuk bekerja sekiranya ada masalah dan juga sebarang pertanyaan. Lokasi company yang tidak jauh dari rumah sewa dan juga persekitaran yang agak tenang. seminggu dua ini memang hanya duduk ofis membelek-belek file serta manual instruction dan report projek yang sedang berjalan.

Kebanyakkan staf company merupakan lepasan UTM dan UTHM, memang senang untuk berkomunikasi kerana kebanyakkan mereka bersikap profesional. satu kelebihan untuk aku menimba experience disini.

Projek yang akan aku handle ialah STP 4 : berkapasiti 135,000 PE di Nusajaya yang sedang dalam proses dokumentasi dan juga susunatur. Projek bernilai hampir rm20 juta untuk STP & IPS sahaja selama 12 bulan.

Hari bekerja di company ini cuma isnin-jumaat, Sabtu-ahad merupakan cuti dan ia merupakan satu advantage lagi untuk aku menjalankan part time job. boleh mengumpul duit untuk buat modal kamera baru.

My videos. Featured videos.

Networkedblogs

MY style 2010

MY style 2010

My photos. Now you know me.

Time

Browse Flickr

My lifestream. Stay updated with me.

my twEETer

My favblog. Feeds from them.

    I am the

    Photobucket
    UTHM Official Website