My Writings. My Thoughts.

Perjuangan ke jalan illahi

At » Wednesday, November 30, 2011 // 0 Comments »

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkaulah teman dalam perjalanan ini agar kami selamat sampai ke destinasi. Kurniakanlah kami kebaikan dan ketakwaan dalam perjalanan ini. Permudahkanlah perjalanan kami dan berikanlah kami sepanjang perjalanan ini tubuh badan yang sihat. Sampaikanlah kami ke tempat yang kami tujui sehingga sempurna hajat kami.

Jadikanlah perjalanan kami ini Ya Allah, perjalanan yang bermanfaat.Permudahkanlah kami untuk melihat keindahan alam ciptaaanMu agar kami insaf betapa kerdilnya kami di sisiMu dan jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa berzikir dan memuji kebesaran dan keagungan ciptaanMu.

Berikanlah pengajaran yang berguna, agar kami dapat memanfaatkannya kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain. Teguhkanlah hati kami dalam menerima apa jua ujianMu dalam perjalanan ini.

Maha Suci Allah yang memudahkan perjalanan ini dan sesungguhnya kepada Engkaulah kami mengadu dan memohon pertolongan.

ُسْبحان الذي سخر لنا هذا وما كنا له مقرنين وإنا إلى ربنا لمنقلبون

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْد

Alhamdulillah, hari yang dinanti telah menjelma, segala kesulitan dan juga perancangan yang telah disusun untuk program mobiliti ini telah siap.. tinggal masa untuk dilaksanakan.. esok, bermulanya tentatif program di cambodia.. untuk masyarakat umat islam disana, kami berbesar hari untuk melaksanakan program ini.. Segala duit simpanan dan juga duit hasil titik peluh sendiri dari kami inilah yang akan membantu umat islam disana.. semoga Allah melancarkan pergerakan program disana.. :)

Hijrah sebelum terlambat

At » Sunday, November 27, 2011 // 0 Comments »


Di keheningan fajar ini, aku rasakan seluruh tubuh dan jiwaku berada dalam situasi yang damai dan menenangkan. Selama ini tidak pernah sekelumit pun ku rasakan perasaan seindah ini.

Terima kasih Allah, kerana Engkau masih memberi ruang kepada hamba-Mu yang sangat hina ini untuk menikmati perasaan ini. Saat inilah baru aku tersedar bahawa diriku ini sangat mencintai dan merindui-Mu.

Saat ini baru ku rasakan betapa nikmat dan manisnya cinta dan rindu kepada-Mu. Baru kini ku merasakan hebatnya kuasa cinta ini, Ya Allah.

Syukur pada-Mu ya Allah kerana Engkau telah memilih diri ini untuk menerima hidayah dan cinta-Mu. Sesungguhnya aku benar-benar menyedari betapa hinanya aku pada pandangan-Mu.

Alangkah indahnya hidup kita semua, andaikata segala kebaikan, kesenangan kita perolehi dengan mudah.. tapi Allah Maha mengetauhi akan ianya memerlukan masa untuk kita kecapi. Dengan ucapan ALHAMDULILLAH, segala rezeki yang dilimpahkan olehNya dikongsi sama rata dengan setiap umat.

Berhijrah kita sebelum kita menyesal, apa yang berlaku pada masa lalu, kita jadikan sebagai pengajaran.. pengajaran yang membolehkan kita membaiki apa kelemahan yang ada. apa yang kita pelajari, kita jadikan panduan untuk kita bina sebuah kejayaan..

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak menulis di dalam blog, gara-gara sibuk dan tidak diizinkan Allah, pada malam 1 muharam ini, dapat lah juga diluahkan beberapa perkara yang berlaku, akan berlaku yang telah dirancang oleh NYA..

Tahniah pada sidia yang melangsungkan perkahwinan. moga dgn semangat 1 muharam ini anda dapat membina kejayaan dalam hubungan kekeluargaan.. Semoga berbahagia dan juga dimurahkan rezeki. halalkan makan dan minum.

Tinggal beberapa hari untuk berlepas ke cambodia. program mobiliti n komuniti bersama masyarakat cambodia.. inilah yang dapat aku laksanakan untuk masyarakat islam disana. semoga apa yang aku bawa ini sedikit sebanyak akan menolong serta dapat dimanfaatkan oleh masyarakat islam di sana. kepada pihak yang memberikan sumbangan dan derma di dalam program ini. semoga ALLAH akan membalasnya di hari akhirat.. ku harapkan perjalanan akan menjadi lebih lancar bersama 14 pelajar dan juga 5 pegawai universiti.

Marilah kita sama-sama melakukan hijrah diri. Hijrah yang dapat mengubah hati dan jiwa kita. Hijrah yang dapat meruntuhkan keegoan dan sikap takbur manusia. Hijrah yang dapat meruntuhkan hati dan jiwa yang keras. Hijrah yang memberi kesedaran kepada kita bahawa segala yang kita lakukan di dunia ini adalah semata-mata untuk mendapatkan cinta dan redha Allah.

Lakukanlah hijrah diri ini ketika kita masih mampu melakukan amal ibadat. Lakukan hijrah tatkala Allah memberi kelapangan masa dan kesihatan kepada kita. Lakukan hijrah diri ini ketika diri masih diberi peluang. Lakukan hijrah diri ketika diri masih muda. Lakukan hijrah diri ini tatkala nyawa kita masih belum sampai di halkum. Kelak, jika hijrah diri ini tidak disambut, kitalah manusia yang paling rugi dan paling malang di dunia dan di akhirat.



Muhasabah Maal Hijrah

At » Sunday, November 27, 2011 // 0 Comments »
Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,

Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.

Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka dari pencipta-Nya.

Namun, bila iman hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dosa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.

Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah

Sungguh,
Aku ingin berubah,
Menjadi seorang hamba-Mu yang taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan kurindukan nikmat syurga.

Jadi,
Kupohon padaMu wahai Tuhan,
Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,

Ya Rahim,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yang solehah,
Yang bisa mendamaikan hati Ummi dan Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Kerna mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.

Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.

Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....



Artikel iluvislam.com

Selamat HAri RAYA AIDIL ADHA

At » Sunday, November 06, 2011 // 0 Comments »

Assalamualaikum... Selamat HAri Raya Aidiladha kepada semua umat islam.. setelah hampir 5 bulan tidak update blog ini terasa gatal plak tangan hendak menaip... Penat setelah sekian lama+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++













My videos. Featured videos.

Networkedblogs

MY style 2010

MY style 2010

My photos. Now you know me.

Time

Browse Flickr

My lifestream. Stay updated with me.

my twEETer

My favblog. Feeds from them.

    I am the

    Photobucket
    UTHM Official Website