My Writings. My Thoughts.

5 syarat nak buat maksiat.

At » Monday, March 28, 2011 // 0 Comments »


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan k
amu melanggar segala larangan-Nya?"



"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

lihatlah klik kat link ini

Manusia Hari Ini Suka Berprasangka . http://www.churpchurp.com/nuovic/share/digi-iphone4

At » Monday, March 28, 2011 // 0 Comments »



Manusia Hari Ini Suka Berprasangka
 
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk...
 
Orang beribadah disangka riak
Orang relaks disangka malas
 
Orang berbaju baru disangka menunjuk 
Orang berbaju buruk disangka Zuhud (hina)
 
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka diet
 
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk 
 
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
 
Orang menawan disangka memakai susuk
Orang tampak ceria disangka ada membela...
  
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah swt,
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah,
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa,
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya,
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas dan cerdasnya,
  
Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan anai2 (iklan rasuah kat tv)...
satu benda yang kita lihat,macam-macam ke simpulan yang boleh kita buat
semuanya bergantung bagaimana kita mentafsirkannya.

Alhamdulillah untuk sekali lagi.. http://www.churpchurp.com/nuovic/share/digi-iphone4

At » Monday, March 21, 2011 // 0 Comments »





Minggu yang agak busy dengan kerja-kerja luar.. sehingga kerja-kerja PSM terbengkalai di bilik. belum lagi xsignment subjek-subjek lain.. adushhhh, rase macam x cukup masa plak belajar kt universiti nie..

wedding kali ini bersama kakak farha yang agak sporting dan abang tajri yang agak kaku... memang berbelit tangan aku ajar posing.. dah lar main hentam jek 100% comfident.. macam terkena short term lost memory plak setiap kali berdepan dengan pengantin.. aiyakk... janji aku dapat menyegerakan photoshoot..

Minggu bersama-sama ayah pergi ke kampung untuk membaja anak pokok kelapa sawit.. memang memenatkan tetapi puas hati kerana dapat berbakti kepada tanah.. biarpon kulit hitam legam terkena matahari.. biar hati rase puas.. hahaha.. esok boleh pakai losyen fair & lovely macam fuad & afen pakai(housemate).. hahaha

Satu kejutan yang amat terharu apabila dapat berita yang sangat gembira. InsyaAllah kalau tiada aral melintang. perjalanan akan lancar.. ini yang membuatkan aku bersemangat untuk settlekan PSM degan cepat.. moga dapat aku tenangkan fikiran dan juga tingkatkan amal ibadat disana..

Mencari Ketenangan DI SAWAH Padi & Pantai & Kebun GETAH & dot dot

At » Monday, March 14, 2011 // 0 Comments »








Minggu yang sibuk dengan sesi photograpy.. almaklumlah tengah cuti sekolah, ramai
orang melangsungkan perkahwinan di muar.. begitu minggu seterusnya penuh dengan
acara-acara yang bermamfaat serta memenatkan aku...

Sabtu penuh dengan acara santai, berlari kesana-berlari kesini. beli barang kamera..
memang santai lar tercungap2 mengejar masa..
Pengalaman photoshoot di pantai yang bergelap + hujan rintik2 memang best.. hilang penat sedikit sebanyak + puas...

Selesai acara majlis perkahwinan,berlari ke sempadan melaka-muar untuk sesi photograpy yang tidak formal.. terserempak dengan model & member aku tengah photoshoot.. langkah kanan lar aku join sekali.. keluar rumah pagi, balik malam hari..

Esoknya berlari ke Felda Lenga utk majlis perkahwinan belah lelaki.. memang meriah dengan sambutan serta badut2 dari KL yang memeriahkan majlis(rase mau terajang pon ade jugak).. tapi pengalaman dalam Ladang Getah sekali lagi mewarnai mata aku.

Saya Tergoda Wanita yang ber’Legging’

At » Tuesday, March 08, 2011 // 0 Comments »
Islam tidak mengharamkan secara total apa yang dinamakan dengan fesyen. Ianya juga meraikan sesiapa yang menghendaki gaya penampilan yang kemas dan cantik. Kerana imej seseorang itu terletak pada cara ia mengenakan pakaian. Malah Islam juga tidak menggalakkan umatnya kelihatan selekeh dari pandangan mata umum. Ianya seolah-olah menggambarkan sikap umat Islam itu amat rendah pada peri pentingnya keterampilan yang kemas dan cantik. Malah Allah SWt lebih menyukai hambaNya yang bijak menggunakan nikmat kurniaannya sebagai tanda bersyukur.

Namun dalam masa yang sama, kekemasan dan kecantikan itu bukanlah suatu yang tidak didasari oleh peraturan dan ketetapan yang disediakan oleh Allah SWT. Malah kecantikan itu pula mestilah tidak dituruti bersama dengan sifat riya’ mahupun takabbur dengan kecantikan dan kekemasan pakaian yang dikenakan.

Imam Muslim meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

“Tidak masuk syurga seorang yang ada sifat takbur dalam hatinya walau sebesar biji sawi”.

Lalu bertanya seorang lelaki :

“Jika seorang lelaki suka memakai pakaian yang cantik dan memakai kasut yang lawa, adakah dia juga dikatakan takabbur?”.

Baginda menjawab :

“Tidak! Allah itu cantik dan Ia sukakan kecantikan. Yang dikatakan takabbur itu ialah enggan menerima kebenaran (iaitu sombong terhadap kebenaran) dan memandang rendah terhadap manusia”.

Selain dari penjagaan aurat, Allah menjadikan pakaian juga sebagai perhiasan bagi si pemakai. Maka perhiasan itu suatu yang tidak menyalahi hukum malah ianya merupakan fitrah seorang insan. Ini dinyatakan di dalam surah al-A’raaf ayat 26 yang bermaksud :

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (libaasa) pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk (wariisya) perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”.

Menurut Tafsir Jalalain’, “اLibaasa” dalam ayat tersebut ialah pakaian bertujuan untuk menutup aurat. Adapun “Wariisya” ialah apa yang diambil atau dipakai supaya nampak cantik pada luarannya, iaitu bertujuan untuk perhiasan. Menutup aurat adalah sebagai keperluan asas. Sementara yang keduanya iaitu perhiasan adalah sampingan kepada tujuan pakaian.


Pakaian adalah nikmat Allah untuk melindungi badan manusia, menutup aurat mereka dan juga sebagai perhiasan bagi mereka. Fungsi-fungsi pakaian ini dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran Surah an-Nahl, ayat 81 maksudnya :

“Dan Allah menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang

Seluar kebiasaannya merupakan pakaian bagi lelaki. Namun ianya juga mula dipakai oleh golongan wanita. Sehinggakan terdapat sebahagian pendapat dari ulama yang mengharamkan secara terus pemakaian segala jenis seluar bagi wanita. Walaubagaimanapun ramai juga dikalangan ulama yang membenarkan pemakaian seluar kepada wanita berdasarkan jenis seluar yang dipakai.

Terdapat juga kesalahan segelintir mereka yang menyalahgunakan dalil hadis Nabi SAW sehinggakan mereka berpendapat wanita itu lebih mulia jika memakai seluar. Ini disebabkan salah faham mereka kepada maksud hadis yang diriwayatkan oleh Al-Uqayli, Dar al-Qutni dan kitab Kanzul Ummal iaitu :

“Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang”

Sedangkan hadith ini berlaku pada satu ketika ada seorang wanita yang jatuh dari kenderaan sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya. Maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu Rasulullah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. (Al-Bayan wa At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Jika diteliti hadith dari Ibnu Abbas RA, Nabi SAW bersabda,” Sesiapa yang tidak ada sarung, hendaklah memakai seluar panjang.” (Riwayat Bukhari)

Hukum ini umum, bagi membolehkan perempuan dan lelaki memakai seluar. Asalkan seluar perempuan hendaklah berbeza dengan seluar lelaki kerana mereka tidak boleh sama dalam bentuk penampilan diri berasaskan sabda Nabi SAW dari Ibnu Abbas maksudnya :

Rasulullah melaknat ke atas lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (Riwayat Bukhari)

Menurut Syeikh Atiyyah Saqqar, Mantan Pengerusi Lajnah Fatwa Al-Azhar Al-Syarif didalam kitab Mausuah al-Usrah katanya :

Pada dasarnya seluar panjang itu lebih kemas menutup aurat lelaki dan perempuan, dan tidak ada aib celanya seluar panjang yang dipakai mereka sekarang ini. Cuma bagi perempuan pula ia menonjolkan dan memperlihatkan anggota badan dan punggungnya dengan rupa yang menggiurkan sekalipun tidak berwarna-warni yang mengundang perhatian. Kalaulah seluar perempuan itu berwarna-warni tetapi dipakaikan pula di luarnya kain yang menutupi anggota-anggota yang boleh menimbulkan fitnah di samping tidak kelihatan rupa bentuknya (dari dilihat dan diketahui orang lain) maka sudah tentu hukumnya tidak mengapa

Ini bermaksud wanita dibenarkan memakai seluar dengan menepati syarat penutupan aurat yang sebenar.

Permasalahan yang muncul adalah trend anak muda yang semakin ramai mengenakan seluar yang terlalu ketat sehinggakan menampakkan tubuh badan mereka. Seluar yang dimaksudkan ialah seluar yang dipanggil ‘legging’ dalam bahasa inggerisnya. Seluar ketat ini terkadang dilihat dipakai oleh wanita yang bertudung. Ianya dengan jelas menampakkan bentuk aurat wajib yang ditutup. Sehinggakan pemakainya menonjolkan bentuk tubuh seperti betis, peha dan kemaluan dengan ketara.

Dalam isu pemakaian seluar ketat bagi lelaki menjadi perbincangan para ulama. Antara yang mengharamkan pemakaian seluar ketat dengan tidak mengira lelaki mahupun perempuan ialah Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan didalam kitabnya Al-Qaul Al-Mubin fi Akhtha’ Al-Mushallin mengatakan bahawa :

“Majoriti pemuda-pemuda yang menamakan dirinya remaja Muslim, mereka mengingkari wanita-wanita yang berpakaian ketat, kerana membentuk tubuhnya. Sementara pemuda ini sendiri lupa dirinya yang turut sama melakukan perbuatan tersebut. Tidak ada perbezaaan antara seorang wanita yang berpakaian ketat dan seorang lelaki yang memakai seluar yang membentuk tubuh, kerana keduanya sama-sama membentuk kedua punggungnya. Sedangkan punggung lelaki dan punggung perempuan adalah aurat, keduanya sama hukumnya.

Namun sebahagian pandangan dari Mazhab Syafie yang mengharuskan bagi lelaki. Asalkan ianya tidaklah sehingga menampakkan bentuk kemaluan mereka. Jika ternampak bentuk kemaluan maka ianya jatuh kepada hukum haram.

Tetapi majority para ulama bersepakat dalam melarang wanita memakai pakaian yang ketat seperti ‘legging’. Ini kerana jelas daripada hadis Rasulullah SAW yang memberi gambaran larangan terhadap wanita yang menampakkan tubuh badan mereka walaupun berpakaian. Hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah RA berkata :

“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.

Di dalam hadis di atas, Nabi s.a.w. menegaskan; salah satu golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yakni mereka berpakaian tetapi di sisi agama mereka sebenar tidak berpakaian. Ia merangkumi yang berikut :

1. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.

2. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).

3. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.

Berkenaan dengan hal tersebut, Imam Ahmad telah meriwayatkan dalam Musnadnya
dengan sanad yang agak lemah dari Usamah bin Zaid RA seraya berkata,
”Suatu ketika Rasulullah SAW memberiku pakaian buatan daerah
Qibthi iaitu salah satu jenis pakaian dan aku memakaikannya kepada istriku, maka
Rasulullah SAW bersabda, “Perintahkanlah kepadanya supaya memakai kain tebal di bawahnya (sebagai
lapisannya), karena aku khuatir lekuk tulang-tulangnya akan tampak.” Hadis riwayat Ahmad
(21279)

Kesimpulannya disini, pemakaian legging amatlah ditegah sama sekali. Kerana ianya seolah-olah benar seperti apa yang dimaksudkan oleh hadis nabi SAW, wanita berpakaian namun telanjang. Fesyen itu tidak salah. Namun salah memilih cara berfesyen itulah membuatkan diri dimurkai. Jangan kerana fesyen, maruah tergadai.

Maaf dengan tajuk diatas. Kerana bukan saya sahaja suka, semua lelaki juga tergoda. Tidak semestinya lelaki tergoda, maka lelaki akan sukakan ia. Kerana anda lebih bijak membezakan antara lelaki yang tergoda dan lelaki yang terjatuh cinta. Jangan salahkan pencuri yang merampas harta anda, jika anda sendiri yang memberi kunci kepadanya.

( Petikan/Pandangan dari blog iman muda asyraf pada March 7th, 2011 )

Tawakkal adalah keajaiban hidup

At » Sunday, March 06, 2011 // 0 Comments »

Salam mawaddah...
Seminggu berlalu penuh dengan xsignment dan juga kerja-kerja part time..
minggu yang membuatkan hidup ini tidak teratur.. membuatkan tidur x lena..



Baru tadi menghayati ceramah dari ustad Dr Asri mengenai bab tawakkal..
didalam hidup ini, tiada siapa dapat menjangka apa yang akan berlaku pada besok hari.. Secara anggaranya boleh mengangak mungkin tapi Allah s.w.t yang menentukan kehidupan kita. kadang-kadang pekara yang kita tidak boleh buat, jika Allah izinkan ia berlaku. dan ada orang merasakan dia besar dengan segala kekuatannya., tiba-tiba gagal dengan hidupnya.

Teringat sewaktu sekolah rendah, masa jadi budak-budak, pakai baju putih, seluar biru tua.. Datang ke sekolah pada pukul 6.20 pagi.. kerana pagi itu ayah hantarkan. dan selepas itu ayah pergi ke kebun menoreh getah.. Sewaktu itu, dalam kesejukkan pagi ayah menghantar aku kesekolah dengan harapan untuk berjaya, memang waktu itu mood belajar kurang disebabkan pemikiran yang lemah.. dalam kelas pon dapat no 10 yang kebawah. teringat pada kawan-kawan kawan-kawan ku yang selalu dapat no satu, no dua.. tapi bukan semua yg dapat nombor yang baik-baik itu menjadi orang yang hebat..

Lepas sekolah pagi, pergi pula ke sekolah agama, masa itu lah ayah datang bawa bekalan dalam plastik.. makan di tepi sekolah. kekadang ada geng, makan ramai-ramai.. tempat parking basikal dijadikan tempat makan.. xpelah, mungkin waktu itu tidak mempunyai perasaan lagi.. sekolah agama dapat no 15 keatas.. kira baik juga keputusan.. ayah puji.. disebabkan keputusan baik.. cikgu lantik dapat jadi pengawas.. ingat lagi cikgu zanariah.. garang.. suka cubit kt tetek pastu boleh dipusingkannya lagi. adushh... dia lah cikgu displin. menjadikan aku lebih berdisplin.. sampai darjah khas.. dapat pangkat 1 memang menyeronokkan.. rasa bersyukur dengan apa yang dapat.. itu cerita 10 tahun yang lalu.. sekarang amalan-displin semua lesap ditelan duniawi..
Melangkah jauh pergi sampai sekarang , berjaya ke universiti, berjaya dengan apa yang ada.. hasil titik peluh ayah, ibu, dan juga aku.. perjalanan hidup masih panjang.. mungkin lagi 10 tahun, aku hanya seorang manusia biasa.. ataupun seorang yang seperti ayahku.. hanya ALLAH yang mengetahui..

D
alam agama. pekara yang paling besar yang ditekankan dalam soal akidah ialah tawakkal ( bergantung dengan Allah S.W.T ) .. manusia disuruh berusaha, dan manusia kena yakin bahawasanya diatas segala usahanya, Allah yang tentukan.. berjaya dalam karier memang sesuatu yang menyeronokkan.. tetapi pengisian dalam kerier perlu ada seupaya apa yang kita bawa itu, ALLAH akan berkati..

Manusia selalu berfikiran, rezeki itu adalah gajinya, dapat makan, dapat beli apa sahaja.. Allah beri dia rezeki, tanpa usahanya rezeki tidak datang bergolek.. Allah Maha Kaya dengan rezeki..
siapa-siapa yang tawakkal kepada Allah, Allah beri dia rezeki.. lepas SPM, aku menganggur tidak bekerja.. memang liat nak kerja sebab baru lepas exam.. kepala rasa berat.. orang lain sibuk pergi kerja, dapat gaji.. aku dengan ayahku pergi ke kebun, tanamkan pokok pisang tanduk, tanam keledek. disulami dengan anak pokok kelapa sawit.. memang waktu itu aku tidak dapat berfikir kerja yang aku buat itu akan mendatangkan hasil yang lumayan.. asyik merungut memanjang.. naik motor pergi kebun, 1-2 jam lepas tu balik.. ayah yang dari kul 7.30 pagi datang, balik pon kul 11 pagi.. mintak duit nk beli itu ini.. tanpa memikirkan penat lelah ayahku mencari rezeki.. sekarang baru aku tahu, penat lelah aku dahulu tidak setimpal dengan apa yang aku dapat sekarang.. sekarang aku perlu berdikari sendiri seperti ayah.. mencari kerja sendiri.. Alhamdulillah dapat juga aku berdiri pada kaki sendiri.. keberkatan dari seorang ayah..

B
egitulah sedikit sebanyak yang dapat saya kupaskan dari ceramah ustad asri diselangi dengan pengalaman aku.. kita perlulah berusaha.. seterusnya bertawakkal.. semoga apa yang kita lakukan.. kita perolehi keberkatanNya.

Minggu Berpesta peluh

At » Tuesday, March 01, 2011 // 0 Comments »




weekend memang memenatkan... Photographer memang itu kerja aku setiap kali weekend.. penat + peluh satu badan.. kalau datang boring tetibe je masa tu.. rase seperti nk jer cabut lari.. itu pengalaman semasa jadi wedding photographer minggu lalu.. memang x puas hati lar sebab client sesuka hati ikut kepala sendiri.. kena lar respect orang lain yang melaksanakan tugas.. bersikap professional merupakan jalan penyelesaian.. apa-apa pun itu memang dugaan sebagai penangkap gambar seperti aku..

My videos. Featured videos.

Networkedblogs

MY style 2010

MY style 2010

My photos. Now you know me.

Time

Browse Flickr

My lifestream. Stay updated with me.

my twEETer

My favblog. Feeds from them.

    I am the

    Photobucket
    UTHM Official Website