My Writings. My Thoughts.

THE SADNESS will never end

At » Wednesday, February 23, 2011 // 0 Comments »

Alhamdulillah.. selesama yang melanda sejak 2-4 hari nie dah semakin berkurangan.. Dapat lar aku buat kerja dengan senang lenang.. asyik sedut hingus jer tiap kali bernafas.. hehehe..

Minggu ini agak BUsy sebab tempahan Majlis pertunangan dan juga majlis sanding.. time table agak terganggu sedikit apabila customer ubah masa.. Mujur ada backup photographer yang boleh tolong.. minggu ini sepatutnya pergi lawatan Building ke K.L.. disebabkan bus UTHM digunakan untuk aktiviti kecemasan untuk mangangkut pelajar ke kawasan-kawasan Banjir bagi tujuan pembersihan.. huh, tergendala lar pasni jadual weekend aku.. tapi weekend nie mesti nak carik duit skit untuk cover 2-3 minggu duit sara hidup..

Pemilihan MPP uthm telah berakhir, akhirnya keputusan diumunkan.. pro-mahasiswa tewas beberapa kerusi sahaja.. tak dapat lar uthm bersama-sama universiti lain yang didominasi oleh pro-m bergerak bersama.. Sewaktu pemilihanraya, aku memang terkena biasnya apabila mendapat sms provokasi dari seseorang yang x dikenali.. rupa2nya terdapat ramai student yang terima juga.. Hairannya, baru aku tahu beginilah cara mereka di universiti.. inilah kali terakhir aku mengundi kerana tahun hadapan aku sudah grad.. hahaha...

Sekarang Kul 2 pagi, takala member serumah sibuk study, aku hanya sempat menyiapkan tugasan dan juga report PSM.. mungkin esok aku akan mula study, tapi, mungkinkah aku akan bangun awal... tolong ingatkan aku untuk study yek..

Time membelek2 FB nie, dapat jugak akhirnya aku melihat gambar majlis pertunangan si-dia. berasa gembira dihati, malahan terasa seperti pemerhati.. hahaha.. xdapat nak berkata-kata..

Jiwa terasa untuk kembali ke masa silam, seperti di zaman sekolah.
Baru terasa hati tenang..

sewaktu bersama kumpulan shoutul shabab

Macam kArangan sekolah Rendah

At » Monday, February 21, 2011 // 2 Comments »




Salam daripada tuan punya blogger... sambil bace ini entry, dgrlah lagu yang aku baru jek terpikat... hahaha.. maybe sedap telinga mendengar.. Setelah sekian lama x berblogging disebabkan sibuk dan kepenatan menghadapi kerja dan juga task.. sekarang barulah ada masa terluang untuk menaip di papan keyboard ini... Baru sahaja selesai test 1 Foundation.. memang agak mencabar minda menjawab.. kalau setakat study sehari, memang menangis berlagu lar x dapat tulis jawapan.. Ini belom lagi masuk Test Design 2 lusa.. memang berdarah mata hendak menelaah nota...

Selama seminggu berbusy dengan photoshoot, assignment dan juga test. lepas ni bertolak ke KL untuk lawatan site building.. mesti meriah...

Tahniah juga kepada nadia kotap yang akan bertunang pada 9.4.2011 dan juga akma karim pada 26.2.2011.. special diskaun untuk korang kerana ambil aku as official photographer.. itu pon kalau aku xde test or ape-ape aktiviti universiti...

Minggu lalu juga berpeluang ke pasir gudang untuk acara festival layang-layang bersama-sama bella & raihan.. dapat juga berjumpa dengan ain ahmad, budak yang x tinggi, berkulit cerah dan bertudung pink.. Jumpa jugak anak buah yang kebetulan join festival itu.. memang best lar kalau 4hari 4 malam berkampung di pasir gudang.. Nasib baik gua pi sehari...

Hari penamaan calon untuk pilihanraya MPP uthm kecoh dengan pembatalan calon yang bertanding.. memang mengejutkan apabila dalam sejarah uthm terjadi... mengikut perspektif logik, terdapat unsur-unsur yang kurang sihat.. manakah tidaknya uthm sedang dikuasai oleh Pro-Mahasiswa.. bercerita mengenai pro-mahasiswa uthm, kemungkinan berulang sejarah apabila pro-mahasiswa mendominasi kerusi MPP di uthm.. itu yang ditakutkan oleh pihak tertentu.. Walaubagaimanapun politik di kampus mesti bersih dan aman.. penyokong penyokong calon mesti bersikap profesional.. dihari pengundian nanti, segalanya akan terjawab... aku hanya sokong kebenaran, lihat dengan mata, nilai dengan akal, tulus dalam hati.. pilih calon yang berpotensi..

Semoga Allah limpahi rahmat dan rezeki kepada umatnya.. dapat lah kita menikmatinya bersama. apa yang kita ketauhi, kita berkongsi.. salam mawaddah. :)

Hari Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Tahun 2011

At » Monday, February 21, 2011 // 0 Comments »



TARIKH: 22 FEBRUARI 2011


TEMPAT: Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM
Makmal Komputer Kampus Bandar
Makmal Komputer Kolej Kediaman Perwira
Makmal Komputer Kolej Kediaman Taman Universiti


MASA: 9 PAGI - 4.30 PETANG


* DIWAJIBKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG LAYAK MENGUNDI


Perjalanan Sepi

At » Thursday, February 10, 2011 // 0 Comments »
Semenjak sekolah renDah, memang terasa hendak menjadi photographer. itu angan2 taik ayam bila mula-mula terbayang.. time tu tahun 1994 dari darjah 1- 6.. memang banyak kenangan kt sekolah renDah. Naik Sekolah MenEngah, terasa pulak Hendak jadi EngiNeer.. Cikgu suruh jadi Pengawas, Pergi pindah Ke Sekolah Teknik ambik Kejuruteraan.. jadilah student Biase. peraliHAn waktu semasa Tingkatan 1-5 memang banyak.. Hidup Berdikari, Belajar Ilmu, Menjadi seorang pasif, meNjadi seorang yg kenal dunia dan akhirat.. Setelah tamat SPM, Berhijrah ke Politeknik, memang minat jadi engineer.. ia satu platform bagi aku.. di sini aku mula mengenai erti persahabatan, adakalanya kita kena pandai memilih, kita kena pandai berjaga-jaga.. Berhijrah ke UTHM, memang sesuatu yang menyeronokan, dapat kesenangan, lupa kepayahan... satu penyesalan dalam hidup.. hidup bertambah mencabar..

Setelah besar, hati berbelah bagi.. Adakala itu, adakala ini... Aku nak itu, aku nak ini.. Hati yang tidak ada pendirian.. akal yang lemah.. pegangan iman yang longgar.. Setiap detik, setiap hari befikir..... mUngKin ada PenhujunG atupun Akan terus Begini.. Cinta memang semua orang mengalaminya, memang kita mempunyai perasaan itu.. Kita yang akan mengalami sendiri.. yang berlalu, biarlah ia pergi... Kalau ada jodoh x kemana.. jadi photographer memang hati dah kebal dengan majlis pertunangan, perkahwinan.. Hati Batu tiada perasaan apabila menghadapi majlis.. itu satu kelebihan yang dasyat kot.. Satu Perjuangan, satu impian untuk setiap manusia mencapai yang terbaik. All the Best for this Reader. kowang berjaya membuat hati bertanye2 dengan cerita aku...


Perjalanan Hidup yang jauh.. seperti ala-ala tinggallah aku berjalan keseorangan.. Makin jauh maKIn Hilang.. Kita yang Hidup ini Akan Mati juga, cuma tarikh dah waktu yang kita tidak TahU. Hanya Yang Maha Esa MengetauhINya.. Mendekati diri Kepada Yang Maha Esa akan Menambahkan Kekuatan iman ku SeperTi Dulu.. Ya Allah, Engkau Peliharakanlah Hati-Hatiku ini Daripada Lalai dan Leka- untuk Terus MenYembahMu, MengingatiMu..

Murabbi Cinta

At » Thursday, February 03, 2011 // 0 Comments »

"Sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik kepada keluarganya. Dan aku adalah yang terbaik kepada keluargaku” – Al-Hadith


Mengajak diri saya meneladani seorang Nabi.

Utusan Allah yang tidak pernah mensesiakan kuasa cinta, pada menjinakkan umat kepada agama. Cinta dan Tauhid menjadi satu, bekalan teragung sepanjang zaman.

Sunnahnya menjadikan kita hidup bercara.

Sunnahnya menjadikan masalah dan cabaran hidup sebagai laluan menjadi dewasa.

Sunnahnya mencegah lemah dan putus asa.

penghargaan dan kasih, kepada mahaguru kita yang satu, Rasulullah Muhammad sallallaahu alayhi wa sallam.


Tahniah kepada si-dia yang akan bertunang, aku pula tidak tahu bilakah akan berlangsung. selama 3 tahun yang dulu aku dan si-dia selalu berhubung dan juga mengenal satu sama lain, berjalan mengenal erti hidup sesama sendiri, sekarang dia akan disunting oleh orang lain. Aku Doakan agar dia akan bahagia hingga ke akhir hayat dengan pasangan pilihannya. perjalanan hidup aku dan si-dia pada 3 tahun yang lalu selama 3 tahun akan menjadi pengajaran, ingatan serta pedoman untuk aku lebih berjaya. Diwaktu usia yang muda serta batasan akal untuk menilai seseorang telah melumpuhkan perhubungan itu. Kini kenangan itu harus dilupakan supaya tidak akan menganggu aku pada PSM kali ini.. Biarlah si-dia tidak memberitahu, biarlah aku sendiri yang tahu. supaya tidak ada sebarang konflikasi perasaan apabila dia disunting.


Alhamdulillah aku berasa lega setelah mendapat tahu si-dia telah memulakan langkah ke alam perkahwinan.. hope 1-2 tahun ini dapat lah aku merasa nasi minyak di Kuala Kubu Baru Selangor..


perjalanan hidup Mencari Sinar Capai Kejayaan terasa berat dengan dugaan, cabaran selepas ini. tahun ini merupakan detik perjuangan yang lebih getir untuk berjaya.. Diharap aku dapat sokongan daripada orang baru.. moga aku dijauhkan dengan dugaan yang berat ini.. Salam mawaddah terindah pada semua..

Sempena Cuti Sekolah

At » Thursday, February 03, 2011 // 0 Comments »










salam percutian pada semua blogger. sejak cuti start, memang busy jugak kalau nak dikata. merantau ke melaka, negeri sembilan semasa cuti memang memenatkan bagi memenuhi undangan majlis.. Apapun majlis tetap majlis, tetapi bah banjir disebabkan paras air meningkat di sungai tetap berlaku .. kita tidak dapat menjangka apa yang terjadi.. itu semua adalah dengan kehendak yang maha Esa.. Aktiviti semasa cuti memang menyeronokan apabila dapat photoshoot bersama photographer lain.. Semoga percutian pada semester ni lebih menyeronokan.. zzzzzz.... hehehe

My videos. Featured videos.

Networkedblogs

MY style 2010

MY style 2010

My photos. Now you know me.

Time

Browse Flickr

My lifestream. Stay updated with me.

my twEETer

My favblog. Feeds from them.

    I am the

    Photobucket
    UTHM Official Website