My Writings. My Thoughts.

Wanita|perempuan|

At » Thursday, August 26, 2010 // 0 Comments »
Semoga dapat dijadikan panduan kepada kaum wanita dalam membentuk diri menjadi muslimah sejati. Jua buat panduan kaum lelaki dalam mencari muslimah sejati untuk teman dunia dan akhirat. Sama-samalah kita membentuk diri dalam menjadi hamba Nya yang berTAQWA....



WANITA IDAMAN....



wanita..idaman lelaki
yang hatinya disalut taqwa kepada Allah
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa dahaga akan pahala
yang solatnya maruah dirinya
yang tidak pernah takut untuk berkata benar
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan Allah

wanita idaman lelaki ialah...yang menjaga tutur katanya
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
yang mempunyai ramai kawan
dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang



wanita idaman lelaki ialah...wanita yang menghormati ibunya
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami Islam
yang mengamalkan hidup penuh sederhana
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat



wanita idaman lelaki...yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan
yang hidup dibawah naungan al quran dan mencontohi sahabiyyat...
yang boleh diajak berbincang dan berbicara
yang menjaga matanya dari berbelanja
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat allah keatasnya


wanita idaman lelaki ialah...tidak pernah membazirkan masa
matanya kepenatan kerana penat membaca
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
tidurnya lena dengan cahaya keimanan
bangunnya subuh penuh kecergasan
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan


wanita idaman lelaki.....sentiasa mengingati mati
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
meneruskan perjuangan islam sebelum hari kemudian



wanita idaman lelaki....
yang tidak terpesona dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga
di situlah rumah idamannya
dan dia ingin membawa saya bersama
dialah wanita idaman lelaki.....

jika ada lagi WANITA sebegini..Alhamdulillah....alangkah bertuah sesiapa yg dapat memiliki hatinya.

Atas Nama Tuhan Yang Mencipta..

At » Friday, August 20, 2010 // 0 Comments »
Dengan Nama ALLAH MAHA PEMURAH,lagi MAHA PENYAYANG....moga kita sentiasa dibawah Bayangan Rahmatnya...

Alhamdulillah bersyukur kepada ALLAH tuhan sekalian ALAM yang memberiku kesempatan untukku Menulis pada kali ini,dalam mencari Erti kehidupan yang bersifat sementara ini bagi menggapai kehidupan yang Kekal Abadi.

Mari kita merenung serta melihat kembali Apakah yang telah kita lakukan selama kita bertapak dimuka bumi ini?Apakah perubahan yang dilakukan pada diri kita ketika masih diberikan Nikmat kehidupan didunia ini?Adakah cukup dengan bekalan ini untuk Kita mencapai kehidupan yang selesa di Akhirat nanti?....Marilah Teman,Rakan,Sahabat untuk kita kembali kepada Fitrah ,iaitu ubudiyyah /pengabdian diri kepada ALLAH.


Jelas apa yang kita lihat disini iaitu segala benda ataupun perkara dimuka bumi ini akan kembali kepada ALLAH ataupun akan berpusat kepada ALLAH seperti manusia apabila susah,gelisah ia akan kembali mengingati Sang MAHA pencipta utk merintih ataupun meminta pertolongan ,Firman ALLAH:-

"Berdoalah kepadaKu nescaya akan Ku perkenankan" Al-Mukmin -60.

Kadang kala kita sering mendegar sebutan ini didalam Filem barat sbgai contoh.."OH MY GOD PLEASE SAVE ME"...lihat maka ini adalah sbgai contoh bahawa manusia akan berpusat kembali kepada tuhannya dalam menghadapi kesukaran.

Manusia merupakan satu bentuk penciptaan ALLAH yang dikurniakan pelbagai kenikmatan seperti panca indera,akal yang membolehkan mereka berfikir,kadang kala manusia mudah lupa diatas nikmat yang diberikan lantas satu sifat akan timbul iaitu perasaan Bongkak,Sombong,Bangga diri diatas nikmat yang diberi,ada juga diantara kita yang merasakan dirinya hebat diatas kelebihan yang dimiliki tanpa merenung kembali segala-galanya berpusatkan kepada ALLAH iaitu yang datang daripada ALLAH,sebenarnya ILMU yang diberikan oleh ALLAH kepada manusia teramatlah sedikit berbanding ILMU ALLAH yang tiada batasnya Firman ALLAH:-

"Katakanlah;Sekiranya lautan menjadi tinta utk menulis kalimat-kalimat tuhanKu,sungguh habislah laut-lautan itu sebelum habis(ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula" Al-Kahfi-190.

Hebatnya ILMU ALLAH,maka sepatutnya tiada satu lafaz pun yang sepatutnya ,manusia lontarkan "aku memang hebatpun",subhanallah mari kita merenung kembali dan bermuhasabah diri.Ingatlah insan,manusia hanyalah mengkaji,menyelidik dalam mencari sesuatu kebenaran yang bertitik kan kembali untuk mencari betapa hebatnya kekuasaan ALLAH,Firmannya:-

"....Dia mengaturkan urusan(makhluknya) dan menjelaskan tanda-tanda(kebesarannya),agar kamu yakin akan pertemuaan dengan TuhanMu" Al-Ra'd-2.

"Tiada apa-apa pada manusia"....inilah ungkapan yang bermain di Benak ini,setelah melihat kembali segala-galanya datang daripada ALLAH,hatta kata-kata kita,ataupun hujah kita,jika ALLAH berkehendak utk tidak mengeluarkannya daripada mulut kita maka kita tidak dapat berkata2 pun,Pergerakkan kita jika ALLAH tidak izinkan untuk kita bergerak maka kita akan kaku seperti patung yang diciptakan manusia,tetapi ingat hatta patungpun bahannya diciptakan oleh ALLAH.

Cinta ALLAH,Cinta RASULULLAH,Cinta JIHAD.....Let's START again,begin our new life to arkib MARDHOTILLAH.

Ramadhan kali ini sangat bermakna......

At » Wednesday, August 18, 2010 // 0 Comments »
Salam ramadhan.. ramadhan kali ini agak bermakna.. rasanya sudah seminggu kita berpuasa. semoga puasa kita diberkati oleh ALLAH .. setiap kali berada di bulan puasa, teringat pada arwah lutfi bin hood.. segala amalannya akan diteruskan oleh rakan seperjuangannya.. menjadi yang terbaik begitu susah, dalam menegakkan islam dan mengamalkan ajarannya, kita sering lalai.. semoga ALLAH memudahkan perjalanan sahabatku di akhirat kelak.. begitu payah seperti yang dia lalui.. moga ALLAH memberi ganjaran yang besar kepadanya.. adakah aku seorang yang seperti ini?
Kemungkinan apa yang diusahakan oleh arwah selama ini telah berjaya.. ramai jemaah di surau pada bulan ramadhan, ramai yang mengerjakan terawih.. alangkah suka jika arwah dapat melihat keadaan seperti itu..
Kami rakan seperjuangan akan mengambil alih serta meneruskan perjuangan beliau.. semoga rakan-rakan seperjuangan yang membaca artikel ini dapat bersama-sama kami..

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

At » Thursday, August 12, 2010 // 0 Comments »

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua para bloggers dan pengunjung blog saya. diharap dapat mempertingkatkan amal dan pekara-pekara sunat sepanjang bulan yang berkat.
akhir kata dari saya, Selamat Menjalani Ibadah Puasa. :)

Program manifestasi puisi merdeka 2010

At » Monday, August 09, 2010 // 0 Comments »











program bersempena kembara mahkota johor 2010 di muar.
turut diadakan PELANCARAN WARISAN KENDURI
DEKLAMASI PUISI & DEKLAMASI PUISI ISTANA

| PERGINYA TIDAK KEMBALI |

At » Sunday, August 08, 2010 // 2 Comments »

gambar bertarikh 2/8/2010 buat kali terakhir dgn arwah

Terasa kehilangan seorang sahabat..
apabila bersama-sama menunaikan solat berjemaah..
apabila bersama-sama berbincang dalam kumpulan..
apabila bersama-sama beriadah..
apabila bersama-sama didalam kelas..
dan apabila bersama-sama gelak ketawa..
apabila 7/8/2010 menjelma.. kita x lagi akan bersama-sama..
kerna tarikh tu , Tuhan telah menjemput beliau terlebih dahulu..
apabila beliau dilahirkan pada tarikh, hari dan masa yang sama seperti hari dia meninggal..
terasa bahawa Tuhan lebih menyayanginya .
genap usia 24 tahun pada hari kejadian, kemalangan itu berlaku..
seperti dijanjikan ALLAH bahawa kematian tidak akan lambat mahupun cepat sesaat.
moga arwah berada dikalangan orang-orang yg soleh..




perjalanan semasa menziarahi arwahm
tepat pukul 5.30 pagi bertolak dari kolej kelisa.
pukul 10.00 tiba di perkarangan hospital seremban.
pukul 11.00 bertemu dgn ayahanda arwah..
pukul 12.40 bertemu dgn arwah buat kali terakhir sebelum dikafankan.
pukul 1.00 tgh hari solat buat kali terakhir untuk arwah..
pukul 1.30 tgh hari bertolak ke raub pahang.
pukul 4.40 petang tiba di raub pahang, kampung durian sebatang..
pukul 5.00 petang menziarahi kubur arwah kerana x dapat bersama-sama semasa mengebumikan arwah.
pukul 5.30 petang bergerak ke rumah makcik arwah..
pukul 6.30 petang bergerak pulang ke batu pahat.
pukul 12.40 pagi sampai di kolej kelisa.

semoga arwah kekal di dalam ingatan...

Luthfi bin Hood
7/8/1986 - 7/8/2010
Al-Fatihah

Rugi nya jadi manusia jika tidak beriman...

At » Friday, August 06, 2010 // 3 Comments »

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah goa. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal sholeh ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya".

My videos. Featured videos.

Networkedblogs

MY style 2010

MY style 2010

My photos. Now you know me.

Time

Browse Flickr

My lifestream. Stay updated with me.

my twEETer

My favblog. Feeds from them.

    I am the

    Photobucket
    UTHM Official Website