My Writings. My Thoughts.

Ceritera langkawi

At » Tuesday, June 30, 2009 // 0 Comments »
seminggu aku kat langkawi..
hari pertama ahad, aku sampai, trus tido sampai dlm bilik sebab penat.. duk dlm bus xtido pon sebab x selesa..
petang tu aku jalan2 pg pasar malam.. jumpe gerai mee sup.. trus tempah untuk makan kat situ.. perh, boleh tahan lar
sup nyer sebab aku lapar time tu..

hari kedua isnin, start jer pagi2 kul 8 pagi aku gerak pg air terjun telaga tujuh.. huh, tinggi sgt sampai beberapa kali duk berehat..
naik ke puncak bersama2 pelancong mesir x kisah sgt.. dah lar awal pagi,, x ramai org.. naik anak tangga pon x larat..
destinasi seterusnye ke cable car.. bayaran xlah mahal sgt, cume rm 30 jer.. topup sebulan boleh lepas niy.. huk3.. naik sampai atas puncak dlm 10 minit.. sejuk jgak lar sebab aritu mendung.. xder matahari sgt.. bergambar kt atas jambatan gantung.. best seh tgk jambatan tu bergoyang kene tiup angin.. bile lar nk runtuh kan.. duk atas puncak tu kire2 2 jam.. saje dok buang mase tgk org ramai sambil cuci mata..aritu jugak pg kat langkawi geopark , jalan2 keliling geopark.. bg makan rusa.. abiskan memori kamera.. mcm2 lah.. petang tu jalan2 pg pasar malam lg.. tiap2 hari pg pasar malam..

hari ketiga selasa, jalan2 ke pantai chenang.. pergi hotel awana porto malai.. kat sana tempat kapal star cruise duduk. nasib memang baik sebab kapal tu baru jer sampai.. besar gler. lepas duk kat hotel tu, pergi ke underwater world.. tgk penguin la konon.. hahaha.. mcm2 ade rupenyer.. masuk dlm sane cume rm 15 jer.. murah..lepas dok lame kat pantai chenang.. trus gerak pg kota mahsuri. dekat jer dalam 20 minit.. masuk jer dlm kota mahsuri, seram gler.. huk3.. abiskan mase sampai 2 jam duk dlm tu.. masuk rumah mahsuri, masuk rumah gelap. muzium..petang tu nk cari pasar malam x jumpe sebab masuk jalan yg salah.. hahaha.. sengal tol..

hari keempat rabu, plan nak pg jalan2 ke pekan kuah. tp, kitaorg pusing 1 pulau langkawi.. dari kuah ke tanjung rhu. masuk galeri perdana.. pg pantai tanjung rhu. huh, last skali tanjung rhu ke padang mat sirat.. arini balik awal sebab penat..

hari kelima khamis, jalan2 ke air terjun temurun, pantai pasir tengkorank. pantai teluk yu, panatai pasir hitam.. masuk kompleks kraf langkawi.., petang tu jalan2 sekitar jety marina... tgk kapal layar kat tepi jety banyak jgak lar sebab malas nk kire..petang tu jalan2 carik pasar malam sekitar langkawi..

hari keenam jumaat, duk umah jer pagi tu.. penat sgt sampai malas nk kuar.. tunggu utk solat jumaat.. petang tu, jalan2 pg pasar malam.. besar gler pasar mlm ni.. beli 2 helai baju.. gereks seh baju ni.. design lawa..
balik umah jer test lar pakai.. fuhh.. muat2 badan plak.. aisehh.. dh lar beli 2 helai.. rugi2..

hari ketujuh sabtu.. beli tiket feri balik kuala perlis.. jalan2 carik coklat kat pekan kuah.. jumpe lah kedai haji ismail.. paling popular.. mcm2 coklat diaorg jual.. lepas abis tu, trus ke hotel mutiara burau bay beach resort.. tempat akak aku kerja.. ada hari keluarga.. mkn percuma lah kat sane.. burger,ais kacang, nasi ayam, buah, mee.. semua aku telan.. huk3.. aku x masuk pon acara sebab segan, so org lain masuk.. aku tukang abiskan makanan.. hahaha

hari kelapan ahad, just duduk umah.. kemaskan barang2 untuk balik johor..malas nk jalan2 sebab semua tempat aku dh jalan..

R.E.U.N.I.O.N

At » Monday, June 15, 2009 // 1 Comments »























































H.I.L.A.N.G

At » Friday, June 12, 2009 // 0 Comments »
seminggu rasenyer hp aku hilang.. waa.. k850 i tu.. walaupun murah tp senang2 jer hp tu hilang.. klu rosak ke, pecah ker, xpelah jugak.. ni hilang sebab aku tertinggal kat atas kaunter tiket bus.. free jer sape nk ambik.. sedey, suke, marah..
hp hilang xpe, jgn hilang bini.. hahaha.. tp, aku mane kawin lagi.. :p.

MENCARI JIWA ABU THALHAH YANG HILANG

At » Wednesday, June 10, 2009 // 0 Comments »
[serial pengorbanan]: MENCARI JIWA ABU THALHAH YANG HILANG


Orang tua itu kelihatannya seperti orang biasa. Namun, resume amal yang dicatatkannya, sungguh sebuah kisah perjuangan yang luar biasa. Hingga saja tatkala terbit lagi panggilan jihad, di saat ia sedang meniti usia-usia emasnya, tetap terpancut semangat juangnya yang tinggi, lalu menyeru anak-anaknya, untuk bersama-sama dalam pasukan jihad ini.

Tapi, ia sudah tersangat tua. Dan jasa-jasanya pada Islam sudah menggunung tinggi. Masakan saja anak-anaknya khuatir. “Semoga ALLAH mengurniakan rahmat-Nya kepada ayah. Ayah! Ayah telah berjihad bersama Rasulullah SAW sepanjang hayatnya sampai baginda wafat, bersama Abu Bakar hingga ia wafat, bersama Umar hingga ia wafat, maka biarlah kali ini, kami yang keluar berjihad untukmu.”[1] Permintaan putra-putranya justeru sangat munasabah. Tetapi tidak bagi seorang Abu Thalhah. Sungguh, bagaimana mungkin ia memberi uzur untuk duduk-duduk di rumah, sedang ayat ALLAH sangat segar di ingatan dan kehidupan sahabat R.A nan mulia ini.

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”(Surah at-Taubah [9]:41)

Lalu, ia berangkat saja ke medan jihad melalui laut, hingga maut datang menjemputnya ke gerbang syahid. Dan ALLAH pun memuliakan jenazahnya. Tak rosak biar sedikit pun, tidak membusuk hatta secumit pun, walau hanya bisa dikuburkan pasca tujuh hari kesyahidannya. [2]

Beberapa zaman terkemudiannya, lelaki itu sudah berada di posisi terbaik lagi selesa untuk membelai-belai kemewahan dan kesenangan dunia. Jawatan sebagai pensyarah –tepatnya di Universiti Islam Antarabangsa Islamabad (IIU)- sering sangat sulit untuk dilepaskan, tetapi ternyata tidak bagi seorang Abdullah Azzam. Ia merasakan tugasnya sebagai pensyarah memendekkan waktunya untuk berjihad. Lalu, ia susun kembali jadualnya. 3 hari untuk kerjaya, 4 hari untuk berjihad. Ternyata, tidak cukup! Lalu disusunnya kembali: 2 hari untuk kerjaya, 5 hari untuk berjihad. Hingga, pada tahun 1984, ia tetap merasakan pemberian masanya di jalan ALLAH belum cukup, lalu ia berhenti kerja, menggantikan maisyah (sumber pendapatan) serba selesa kepada pengharapan dan penyerahan diri pada ALLAH, di jalan ALLAH, sebagai pejuang ALLAH sepenuh masa.

Subhanallah! Berapa ramai yang sudi menggadaikan kerjaya yang serba mengasyikkan, dengan kerjaya fi sabiliLLAH nan membawakan kemuliaan? Berapa ramaikah yang sanggup menukarkan imbuhan duniawi, dengan ganjaran pahala dan Syurga ukhrawi? Berapa ramaikah di antara kita, yang bisa melupakan ranjang nan enak, untuk mengimpikan mati syahid dan kehidupan abadi?

Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.”(Surah al-Baqarah [2]:245)

Ke manakah hilangnya jiwa-jiwa pengorbanan Abu Thalhah ini? Ke manakah perginya kesungguhan jiwa-jiwa Abdullah Azzam ini? Kenapa begitu sibuk manusia dengan urusan dunia, hingga tergamak membiarkan agamanya tidak terbela, dan umatnya tertindas diseksa? Kenapa begitu mulia khidupan dunia di sudut pemandangan manusia, sedang keluasan perkampungan Akhirat justeru tidak terkira? “Kita akan mati juga satu hari nanti, entah disebabkan oleh Apache ataupun sakit jantung,” kata Abdul Aziz ar-Rantisi, “dan saya memilih untuk mati dibom oleh Apache (Israel).” [4] Dan sungguh, ALLAH mengurniakan kemuliaan itu buat dirinya!

Hayatilah bersama, pesanan terakhir Syeq Qutb[5] ini, beberapa saat sebelum memperoleh kemuliaannya di tiang gantung:

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku,
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulang-tulangku yang hancur luluh,
Nyalakanlah obor buat ummat ini
Dan....
Teruskan perjalanan ke gerbang jaya
Saudara!
Kematanku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman di syurga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burungnya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi
Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelana di alam abadi
Nun di sana
Fajar sedang memancar..

RUJUKAN
[1] Tafsir surah at-Taubah [9]:41 oleh Ibnu Katsier dengan sedikit penambah baikan terhadap terjemahan tafsiran oleh penulis. Rujuk Ibnu Katsier, “Terjemahan Singkat Tafsir Ibnu Katsier (Jilid 4)”, Victory Agencie (1988), ms. 56-57
[2] Tafsir surah at-Taubah [9]:41 oleh Hamka. Rujuk Prof. Dr. Hamka, “Tafsir al-Azhar (Juzu’ 10-11-12)”, Pustaka Panjimas (1985), ms. 221-222
[3] Ibnu Ismail, “Abdullah Azzam: Merintis Khilafah Yang Hilang”, Pustaka Syuhada (2001), ms. 6-7
[4] Abdullah Azzam dan lain-lain, “Surat Dari Garis Depan (Suara Hati Tokoh Perlawanan)”, Jazera (2006)
[5] Syed Qutb, “Petunjuk Sepanjang Jalan”, Crescent News (K.L.) Sdn. Bhd. (2000)

A.K.T.I.V.I.T.I M.A.L.A.M.

At » Tuesday, June 09, 2009 // 0 Comments »
malam... lepas solat isyak.. trus naik motor dgn rod pancing & toolbox..
huish.. umpan anak udang segar ataupun udang ecconsave..
lokasi antaranya atas jambatan muar ataupon tanjung emas..
hurm.. sambil tunggu ikan mesti lah berborak2 panjang pasal trip ke kalong ikan..
waaa... pasni mesti best sebab ikan gred A akan naik.. hahaha
tp, yang bestnyer mesti lah dpt ikan.. kepuasan x sama mcm beli ikan kat pasar..
walaupun orang anggap memancing ni buangkan masa.. tp, aku rase memenuhi masa lapang
time cuti semester.. apepon, itu pendapat masing2.. rezeki ade di mana2.. hobi tetap hobi..
lagipon memancing dapat releasekan tension n pressure aku.. makin ramai kaki pancing, makin suke aku nk mancing.. makin seronok.. so, kita enjoy..
minggu nie x banyak ikan yang aku dapat.. padahal aku geram kat member aku sebab lebih kurang 20-30 ekor ikan gelama dia naikkan.. aku dapat 2 ekor seh.. aku rase dia pakai hantu raye kot.. mungkin rezeki dia kot.. berbulu aku tgk dia naikkan ikan.. cis.. untung besar dia mlm tu..
at least aku harap dia leh bg aku 5-6 ekor ikan.. tp, hampeh.. kedekot... geram siot.. 2 ekor pon jadiklah.. mungkin jantan-betina.. mane tau mungkin aku boleh bela..
esok, lusa sape tau kan.. rezeki kita pula.. hurm.. terima lah hakikat sbb aku ni x reti memancing ikan.. hahahaha.. :p

SemAkin Hari SemAKin Mengong....

At » Sunday, June 07, 2009 // 0 Comments »
hahah.. semakin hari kepala makin serabut.. ntahlar biar org nk cakap ape pon.. tp, yang penting
aku wat x tau jer.. aku percaya hukum karma ataupun hukum tuhan kepada manusia.. setiap yg baik dibalas baik.. yg buruk dibalas buruk.. ape pon hari2 mendatang x pernah melupakan setiap insan dengan cabaran dan liku2 hidup..
reunion 1 dah ditutup. aku x berape rase bangga sebab majlis yang agak mengecewakan bg aku.. bagi aku kepuasan orang lain mesti diutamakan.. biarlah hukum karma menentukan.. biarlah mereka dgn apa yang mereka ada, aku sedikit pon x kisah.. ucapan terima kasih jauh sekali.. sebak dihati jauh sekali.. cuma kekesalan pada setiap manusia yang datang.. tetapi penggantinya kepada VIP yang hadir.. ucapan terima kasih sebagai pengalas kekesalan..
mungkin selepas ni, tiada lagi reunion 2 dibawah kendalianku.. aku tarik diri sebab biarlah orang lain rasa bebanannya..
akhir sekali, biarlah ape yang mereka baca di blog ni sebagai panduan.. sebagai penyebab musabab mereka mempertikaikan penulisan aku... :p

My videos. Featured videos.

Networkedblogs

MY style 2010

MY style 2010

My photos. Now you know me.

Time

Browse Flickr

My lifestream. Stay updated with me.

my twEETer

My favblog. Feeds from them.

    I am the

    Photobucket
    UTHM Official Website